Siakap Keli
teknik beli barang terpakai
Gambar: Ken Research/Holistic Spaces via Google

Amal Konsep ‘Biar Papa Asal Bergaya’, Lelaki Ajar Cara & Kebaikan Beli Barang Terpakai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang pengguna Twitter mengajar teknik bagaimana untuk membelanjakan wang secara bijak dengan beli barang terpakai.

Pempengaruh (influencer) atau selebriti sering dilihat memakai barangan berjenama sehingga membuatkan ramai teringin untuk memilikinya walau sekali seumur hidup. Namun, kerana kekangan wang, ada yang terpaksa menunda kemahuan mereka ekoran perlu menampung kos sara hidup yang lebih utama.

Namun sekiranya tahu bagaimana cara menggunakan wang dengan betul, pastinya akan dapat ‘merasa’ barangan berjenama yang sering berlegar-legar dalam fikiran. Terdapat banyak cara ataupun tips yang terdapat dalam carian internet yang boleh diguna pakai, tetapi masih lagi tidak dapat mengikutinya.

Oleh itu, terdapat satu tips yang boleh diguna buat penggemar yang suka berbelanja tetapi pada masa yang sama ingin berjimat, iaitu dengan membeli barangan secondhand atau istilah mudahnya, barangan terpakai.

Kebiasaannya orang awam beranggapan barangan terpakai tidak mempunyai nilai seperti barangan baharu, tetapi pada era kini, ia sebenarnya boleh dilihat baharu sekiranya pembeli bijak memilih.

Percaya atau tidak, istilah ‘Biar papa asalkan bergaya’ kalau dilihat daripada sudut pandang positif, ia sebenarnya boleh mendidik kita bagaimana mahu memiliki barangan ‘kayangan’ tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak.

Demikianlah seperti yang dikongsikan seorang individu di Twitter, Naufalantezem yang mengajar rahsia bagaimana membelanjakan wang dengan baik untuk membeli barangan terpakai yang berjenama.

Melalui teknik itu, anda bukan sahaja terlihat bergaya tetapi juga boleh berjimat. Apa-apa pun, bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri, jangan disebabkan trend kita terjerumus dengan hutang. Selamat membaca.

Amalkan Konsep ‘Biar Papa Asal Bergaya’, Lelaki Ajar Cara & Kebaikan Beli Barang Terpakai

 

Aku sebenarnya antara pengamal gaya hidup ‘biar papa asal bergaya’. Nak tahu macam mana aku amalkan gaya hidup ini?

1. Utamakan secondhand, used, preowned dahulu

Kereta aku beli second, phone beli second, gadget electronics pun secondhand sebab aku nak manfaatkan susut nilai.

Awak mampu beli kereta baharu ratus ribu, awak bawa dulu sebulan dua, setahun dua kemudian saya beli kereta awak pula dengan nilai puluh ribu. Sama juga macam phone, laptop etc.

Secondhand sekarang bukan macam yang dulu. Ada yang satu calar pun tiada tapi nilai susut banyak ikut market.

Kita mungkin sama-sama memandu Honda dan pakai iPhone. Bezanya, awak beli baharu dengan harga RM 100k, RM 5k saya pula tunggu setahun dua dan beli kereta yang sama dengan harga RM 80-90k, iphone RM 2-3k.

Biar saya lambat sikit tapi kita guna barang yang sama. Saya papa, tapi bergaya.

2. Study dan study!

Jangan main beli je barang second. Kena banyakkan baca, tengok video, tanya kawan-kawan yang pandai tentang item, produk, bahan tu sebelum kita beli. Ajak dan bayar duit kopi kawan, mechanic yang pandai betul tentang kereta kita nak beli supaya tak ditipu seller!

3. Sabar dan sabar

Semua orang nak beli yang baharu. Macam pisang goreng, angkat dari kuali je terus kita nak yang itu. Tapi kita sabar. Kadang-kadang tak berapa ketika lepas kita beli, waktu tu jugalah macam-macam emergency datang perlukan duit atau mungkin produk tu banyak flaws.

4. Jangan impress orang

Tahu tak, sebenarnya orang tak kisah pun kau beli apa. Orang just kagum memang terpegun atau ambil hati je buat-buat kagum. Maksimum setengah jam je kagum dan kau pula menanggung beban bayar hutang (ansuran, kredit, pay later etc) bertahun-tahun.

Budaya media sosial ni membunuh dalam diam. Kau tengok influencer beli itu ini, kau pun nak juga. Padahal kau tak tahu itu barang sponsor lepastu kena pulang balik ke atau dia cuma gayakan orang lain punya ke atau hasil review dia banyak. Itu yang membentak nak juga walaupun tak mampu.

Aku dulu selalu macam ni juga. Aku sanggup korbankan kestabilan kewangan just to upload dan dapatkan few likes, retweets. Padahal tiada orang kisah pun. In this economy dan krisis 2023, elakkanlah benda ni. Semoga kita dijauhkan.

5. Selagi berfungsi, manfaatkan

Gambar: Naufalantezem

Wallet aku dah koyak, hancur. Tapi aku minta tolong mak aku jahitkan semula dan pakai balik sampailah sekarang. Tapi sebab fungsi wallet adalah simpan duit, resit dan kad, walaupun buruk tapi masih berfungsi, gunakan je.

Kita bukan kedekut. Tapi kita cermat. Esok lusa kalau dah tiada duit, perit tau. Memang duit bukan jaminan kebahagiaan. Tapi kalau tiada duit, sengsara itu pasti. Duit memang tidak bawa mati. Tapi kalau tiada duit, hari-hari rasa macam nak mati.

6. Jual semula, jangan buang

Baju, seluar tidak muat dah, gadget lebih, perabot, barang dapur dan elektrik yang masih baik, jualkan di platform macam Mudah, Carousell, FB Marketplace. Mesti ada yg nak beli punya barang kita. Dapatlah kita duit sikit untuk fund benda lain kita nak beli.

Aku guna terma ‘biar papa asal bergaya’ ni sebagai rujukan kepada biar belanja tak banyak, tapi still boleh ada benda yang kita nak kalau kena cara. Kalau ikut maksud sebenar memang lainlah. Cuma kita kena tulis headline menarik supaya banyak retweet.

Untuk melihat bebenang penuh perkongsiannya, boleh dirujuk pada lampiran di bawah.

BACA JUGA: Keliru Beli Kereta Baru Atau Terpakai? Hadamkan 5 Perkara Ini Dulu Kenapa Tak Digalakkan Beli Kereta Baharu

Sumber: Twitter / @NaufalAntezem

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.