Siakap Keli
Apple Sahkan iPhone Bakal Guna "Port" Pengecas USB-C 
Gambar: Stephen Shankland/CNET

“Kami Tidak Mempunyai Pilihan,” Apple Sahkan iPhone Bakal Guna Port Pengecas USB-C 

“Kami Tidak Mempunyai Pilihan,” Apple Sahkan iPhone Bakal Guna “Port” Pengecas USB-C 

Syarikat peranti mudah alih terkenal, Apple mengesahkan bahawa iPhone akan beralih kepada port pengecasan USB-C selepas Kesatuan Eropah (EU) memutuskan semua telefon pintar perlu mempunyai standard pengecasan yang sama.

Memetik laporan The Guardian, peraturan baharu EU itu menetapkan penggunaan USB-C sebagai port pengecasan menjelang 2024 sama seperti peranti elektronik lain termasuk konsol permainan, komputer riba, dan sebahagian besar telefon Android baharu.

Ketua Pemasaran Apple, Greg “Joz” Joswiak berkata bahawa syarikatnya terpaksa akur dengan peraturan yang telah ditetapkan itu dan menjelaskan bahawa pendekatan itu akan menjadi lebih baik dari segi alam sekitar dan juga mesra pelanggan.

“Jelas sekali kami perlu mematuhinya dan kami tidak mempunyai pilihan,” katanya sewaktu persidangan teknologi di California.

Bagaimanapun, Joswiak tidak mengulas lebih lanjut  sama ada mereka akan menjadikan iPhone dengan USB-C itu hanya eksklusif untuk pasaran Eropah atau secara global.

Dalam pada itu, berkemungkinan iPhone 15 yang dijangka akan dilancarkan pada September 2023 atau peranti edisi 2024 bakal menjadi iPhone pertama yang hadir dengan sistem pengecasan terbaru itu.

Terdahulu, Apple telah menukar kebanyakan peranti elektroniknya kepada port pengecasan USB-C.

Komputer riba pertama Apple yang mula menggunakan USB-C adalah MacBook 12-inci yang diperkenalkan pada tahun 2015, sementara iPad mula beralih kepada USB-C pada 2018.

iPad generasi ke-10 yang dilancarkan baru-baru ini juga hadir dengan port pengecasan USB-C.

Sumber: The Guardian

BACA JUGA: (Video) Viral Gelagat Kucing Jadi Patung Model Baju Ketika ‘Live’, Langsung Tak Berganjak Bikin Terhibur

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.