Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol bimbang dengan keganasan berterusan di wilayah diduduki di Palestin
ANKARA, 27 Okt (Bernama) — Menteri luar Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol bimbang dengan ketegangan berterusan di wilayah Palestin yang diduduki, memetik kenyataan bersama pada Rabu.
Menerusi kenyataan itu menteri-menteri luar berkenaan menggesa semua pihak mengelak sebarang provokasi serta tindakan unilateral untuk mengurangkan ketegangan dan memulihkan keadaan, lapor Anadolu.
Lebih 120 rakyat Palestin dan 20 warga Israel terbunuh manakala ramai lagi cedera pada tahun ini.
“Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri tetapi mesti menghormati prinsip undang-undang dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
“Kawalan keselamatan di kawasan A mesti dipermudahkan dan penyelarasan keselamatan yang berkesan dipulihkan,” menurut kenyataan bersama itu.
Menteri-menteri luar berkenaan berkata ketegangan yang terus berlaku itu membuktikan betapa usaha politik untuk mencapai penyelesaian dua negara sangat diperlukan bagi menjamin keamanan dan keselamatan yang berkekalan buat Palestin mahupun Israel.
Sumber: BERNAMA