Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda hampir seluruh Malaysia pada hari ini sehingga jam 10 malam ini.
Antara negeri dan dearah yang dijangka terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Jeli, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) dan Pahang.
Manakala di kawasan selatan pula negeri yang dijangka terjejas adalah Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang) WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).
Di Sarawak pula antara daerah yang mungkin turut terjejas adalah Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Akhir sekali di Sabah, Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) , Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan) serta WP Labuan.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02gHhyToEEZycHA32nzFWoEngHwvbf9e3X1hmkFgbJzhGomKVK1HikbTPLb4teuEr1l
BACA: Satu Set Hanya RM9.90 & Boleh Dapat Snack Plate Combo KFC Percuma, Ni Cara Nak Tebus Guna ‘Phone’ Je
Sumber: MET Malaysia