Siakap Keli
Satu Set Hanya RM9.90
Gambar via Instagram KFC

Satu Set Hanya RM9.90 & Boleh Dapat Snack Plate Combo KFC Percuma, Ni Cara Nak Tebus Guna ‘Phone’ Je

Jika diimbas kembali dan mengimbau zaman kanak-kanak kita, Kentucky Fried Chicken atau lebih mesra dengan KFC merupakan makanan khas hanya untuk menyambut hari-hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran, cemerlang dalam peperiksaan dan sebagainya. Secara tidak langsung menjadikan KFC sebahagian dari memori indah nostalgia dulu-dulu yang sentiasa akan  berada dalam ingatan kita sampai bila-bila. 

Melangkah ke satu fasa yang baru apabila sudah melonjak dewasa, bekerja dan mempunyai duit sendiri, masa ni kita dah boleh beli KFC dengan duit sendiri sebagai ‘self reward’ selepas berpenat lelah bekerja. Dalam masa yang sama, giliran kita pula yang ‘belanjer’ mak abah dan juga keluarga dengan KFC

Promosi KFC RM9.90

Tapi, sekarang dah tak susah kalau nak makan KFC sebab banyak promosi yang telah mereka sediakan untuk semua pelanggan setia sejak dari dulu lagi. Lebih-lebih dengan adanya aplikasi terbaru yang dilancarkan oleh mereka, semua orang boleh makan KFC. 

Terbaru, KFC ada sediakan menu dengan hanya bermodalkan RM9.90 sahaja dah boleh makan set burger, wedges dan kentang putar, murahkan? Bukan tu je tau, KFC juga dengan baik hati nak bagi korang 2pcs Snack Plate combo secara percuma di bulan kelahiran korang. 

Dengan beberapa langkah mudah yang perlu dilakukan, korang hanya perlu muat turun dan DAFTAR di aplikasi KFC atau layari laman web KFC sekarang untuk menebus semua ganjaran-ganjaran ini menggunakan telefon je, semuanya di hujung jari dah boleh makan KFC dengan mudah, jimat dan sedap hingga menjilat jari. 

Kumpul mata ganjaran & tebus 25% diskaun setiap 1 mata ganjaran di Aplikasi KFC

Disamping itu, banyak lagi faedah lain yang korang akan dapat dengan muat turun aplikasi KFC ni antaranya boleh kumpul 1 mata ganjaran dengan pembelian serendah RM1 sahaja. Nak buat apa dengan mata ganjaran yang telah terkumpul ni nanti? Ha jangan tak tahu, mata ganjaran yang sudah korang kumpul nanti boleh ditebus dengan pelbagai menu dengan penjimatan hingga 25%.

Dengan kadar penjimatan sebanyak 25%, korang boleh dapatkan hidangan di KFC dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang telah sedia ada. Boleh lah makan puas-puas dan boleh bawa lebih ramai ahli keluarga dan kawan-kawan makan bersama tanpa pening kepala soal harga sebab KFC dan bagi potongan harga. 

Tebus 2pcs Snack Plate combo di bulan kelahiran korang

Oh sebelum terlupa, kalau korang nak tebus hadiah dua pieces Snack Plate semasa bulan kelahiran nanti, korang kena juga muat turun aplikasi KFC dan DAFTAR akaun terlebih dahulu. Kemudian, bila tarikh hari lahir korang dah nak dekat, nanti KFC sendiri yang akan emel terus kod baucar untuk korang tebus ayam nanti. Lepastu korang boleh tebus di aplikasi dengan memasukkan kod baucar tersebut, mudah kan? 

Muat turun aplikasi KFC

Apa tunggu lagi, muat turun aplikasi KFC sekarang dan tebus ganjaran-ganjaran dan promosi yang mereka telah sediakan untuk korang nikmati hidangan di restoran kegemaran nostalgia zaman kanak-kanak kita semua. Kepada pengguna iPhone boleh pergi AppStore dan pengguna Android pula boleh ke Google Play Store untuk muat turun aplikasi tersebut. Cepat dan jangan lepaskan peluang ini dan kembalikan zaman nostalgia korang hari ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut promosi-promosi KFC ni, korang boleh klik di SINI

Faiz Mustafa