Siakap Keli

Farm Fresh Grow: Susu Untuk Tumbesaran Yang Menggalakkan Perkembangan Kanak-kanak

Selangor, 27 Oktober 2022 – Dengan matlamat membekalkan khasiat yang diperlukan untuk generasi kanak-kanak demi masa depan yang lebih sihat, Farm Fresh telah melancarkan produk terbaharunya, Farm Fresh Grow untuk kanak-kanak berusia antara 1 hingga 6 tahun. Susu rumusan UHT untuk kanak-kanak membesar dalam bentuk sedia diminum ini diperbuat daripada susu lembu asli dan diperkuat dengan hanya khasiat yang diperlukan untuk membantu tumbesaran anak-anak. Produk ini akan menjadi pilihan para ibu yang mencari produk tenusu yang lebih semula jadi TANPA maltodekstrin, TANPA minyak sayuran dan TANPA kalsium karbonat, yang merupakan ramuan pengganti tersembunyi yang tidak sepatutnya ada dalam susu kanak-kanak. 

“Dalam amalan biasa industri tenusu, lemak susu yang lebih berharga diasingkan daripada susu untuk membuat krim dan mentega. Apa yang tinggal ialah susu skim (tanpa lemak) yang digunakan sebagai asas dalam susu rumusan untuk kanak-kanak. Untuk menggantikan lemak susu yang telah diasingkan, minyak tumbuhan digunakan dengan kombinasi tumbuhan berbeza untuk ditambah dalam formulasi susu rumusan disebabkan persamaan kandungan asid lemaknya. Untuk menambahkan rasa manis pada susu, gula diproses seperti maltodekstrin, pepejal sirap jagung dan juga sukrosa ditambah untuk menjadikan susu lebih lazat dan pekat. Di samping itu, pencairan tenusu semula jadi dalam susu tepung rumusan telah mengurangkan kandungan kalsium semula jadi dalam hasil tenusu, yang kemudian ditambah dengan kalsium karbonat yang diproses daripada batu kapur,” jelas En. Loi Tuan Ee, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Bersama Farm Fresh.

Menawarkan kelazatan dan rasa berkrim seperti susu segar, Farm Fresh Grow dimuatkan dalam pek 125mL dan 200mL, dan boleh disimpan pada suhu bilik. Ramuannya termasuk susu lembu yang mengandungi kalsium fosfat semula jadi, kandungan protein tinggi, vitamin D3 untuk membantu penyerapan kalsium, dan diperkuat dengan Serat Inulin, DHA (alga), Kolin, Taurina, Zat Besi, Magnesium, Zink serta antioksidan dan 22 vitamin termasuk Vitamin A, Vitamin B2, Vitamin B3, dan Vitamin C. 

Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh berkata, “Ibu bapa, datuk nenek dan penjaga masa kini memahami betapa pentingnya tahun-tahun awal semasa kanak-kanak membesar, yang merupakan peringkat penting yang bakal membantu perkembangan keseluruhan mereka.  Berasaskan laporan daripada Kementerian Kesihatan, didapati bahawa seorang daripada lima kanak-kanak Malaysia di bawah umur lima tahun mengalami masalah tumbesaran yang terbantut. Apakah maksudkannya? Pada hakikatnya, malnutrisi ialah satu masalah utama dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Walaupun mereka minum susu, kanak-kanak masih tidak menerima jumlah nutrien yang secukupnya. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa kurang arif tentang ramuan yang terkandung dalam susu yang diberikan kepada kanak-kanak mereka yang mungkin menjejaskan potensi tumbesaran mereka. Di sinilah saya ingin menekankan betapa pentingnya amalan membaca label. Kita mesti sentiasa semak, semak dan semak ramuan pada bahagian belakang bungkusan sebelum membeli, terutamanya apabila melibatkan susu untuk kanak-kanak.”

“Secara umumnya, gula berlebihan adalah berbahaya, dan oleh yang demikian produk susu untuk kanak-kanak tidak harus mengandungi gula tersembunyi dan ramuan seperti ini sebagai pengganti. Maltodekstrin tidak mempunyai sebarang nilai nutrisi, dan bertindak sebagai agen pengikat dan pengganti gula (mempunyai kalori yang sama seperti sukrosa). Untuk memberikan gambaran lebih jelas, gula sajian mempunyai Indeks Glisemik (GI) tinggi 65; manakala maltodekstrin mengandungi indeks GI yang lebih tinggi antara 80-120, hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada gula. Pengambilannya menghasilkan tenaga segera daripada gula dan kelakuan hiperaktif yang sering dilihat dalam kalangan kanak-kanak. Ramuan lain seperti minyak sayuran dan kalsium karbonat juga merupakan ramuan yang tidak wujud dalam produk baharu kami, menjadikan Farm Fresh Grow susu yang sihat, semula jadi dan seimbang untuk kanak-kanak, sejajar dengan prinsip jenama kami,” kata En. Loi Tuan Ee, mengenai produk baharu tersebut.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut bersama En. Loi Tuan Ee ialah En. Azmi Zainal dan duta jenama baharu Farm Fresh, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Pelantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai duta jenama memang bersesuaian kerana beliau mencerminkan prinsip jenama selepas membuat keputusan untuk bertukar kepada pilihan lebih sihat untuk anak-anaknya. Kerjasama Farm Fresh dan beliau membuktikan keyakinannya terhadap jenama dan potensi manfaat susu ini untuk memupuk generasi kanak-kanak sedang membesar Malaysia yang lebih sihat. 

Farm Fresh juga telah melancarkan slogan baharu: “IT’S ALLLLLLLLL™ GOOD” dan “SEMOOOOOANYA™ BAIK” untuk memenuhi janji produk bukan sahaja untuk Farm Fresh Grow, tetapi juga bagi melambangkan khasiat kebaikan yang terkandung di dalam semua produk Farm Fresh.

Dr. Ng Yi-Ki, pakar pediatrik telah dijemput untuk menyertai sesi perbincangan panel di majlis pelancaran tersebut. Beliau telah mengupas topik-topik seperti kegemukan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia, yang merupakan kedua tertinggi di ASEAN berasaskan data WHO, kesan buruk gula berlebihan bagi kesihatan kanak-kanak dan juga nutrien asas bagi kanak-kanak. 

Semua produk berlabel Farm Fresh tidak mengandungi pengawet dan pewarna, dengan perhatian teliti diberikan untuk menghasilkan kualiti terbaik. Farm Fresh mempunyai portfolio berbilang segmen, terdiri daripada produk susu sedia diminum (RTD) dingin, produk RTD ambien/UHT, produk berasaskan tumbuhan dan produk yogurt. 

Susu Rumusan UHT Farm Fresh Grow kini boleh didapati di gedung runcit Jaya Grocer dan 99 Speedmart, dijual dalam pek 4 x 200mL di Semenanjung Malaysia. Anda juga boleh membeli susu daripada Home Dealer atau di dalam talian daripada SUBPLACE, dijual mengikut karton (24s x 200ml) atas dasar langganan bulanan atau pembelian sekali di www.subplace.com/brand/farmfresh dengan tawaran dari RM25 sehingga RM40 diskaun.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Farm Fresh, layari www.farmfresh.com.my.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa