Siakap Keli
Kredit: Hot Wheels

Undi Proton Suprima S Jadi Juara Hot Wheels Legends Tour 2022, Bakal Dijadikan Model HW 1:64

Setelah melalui pelbagai lapisan pemilihan, salah sebuah model kereta tempatan iaitu Proton Suprima S telah terpilih sebagai finalis untuk “Fan Favourite” Asia Pasifik, Hot Wheel Legends Tour 2022.

Sebelum ini Siakap Keli pernah melaprkan pencalonan bagi model kenderaan ini semalam. Dalam laporan tersebut, model tersebuat  berdasarkan sebuah kereta keluaran dari syarikat automodil Malaysia, Proton Suprima S milik William Chong yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan.

Keratan artikel terdahulu

BACA JUGA: Hot Wheels Buat Undian, Proton Suprima S Salah Satu Calon Hot Wheels Legends Tour 2022

Berdasarkan artikel itu juga, Proton Suprima S telah menjadi johan bagi Hot Wheels Legends Tour Malaysia dan melayakkan model kereta kebangsaan itu untuk mewakili Malaysia ke peringkat persada antarabangsa.

Kini, Proton Suprima S sedang berebut takhta dengan lawannya iaitu, Volkswagon Dakodok untuk menjulang anugerah “Fan Favourite” Hot Wheels Legends Tour bagi wilayah Asia Pasifik.

Kredit: Instagram

Difahamkan, ini merupakan peluang terakhir untuk melihat sebuah kereta keluaran Malaysia untuk dijadikan sebagai sebuah kereta mainan berskala 1/64 oleh syarikat Hot Wheels.

Selagi masa tidak mencemburui kita, kita wajarlah memberikan sokongan terhadap kereta ini untuk membuka mata dunia mengenai nilai estetika yang rakyat Malaysia mampu tampilkan menerusi rekaan automobil.

Setakat ini, undian bagi kedua-dua model kenderaan iaitu Proton Suprima S dan Volkswagon Dakodok dikatakan seri kerana undian bagi kedua-duanya 50 peratus bagi kedua-dua pihak.

Kredit: Instagram

Akhir sekali, bagi sesiapa yang ingin mengundi model kereta pilihan anda, anda boleh lakukan demikian menerusi laman Instagram rasmi mereka, hotwheelsofficial, iaitu menerusi platform Insta Story mereka.

Sumber: @hotwheelsofficial via Instagram

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.