Siakap Keli
Gambar: Instagram Hot Wheels

Hot Wheels Buat Undian, Proton Suprima S Salah Satu Calon Hot Wheels Legends Tour 2022

Hot Wheels Buat Undian, Proton Suprima S Salah Satu Calon Hot Wheels Legends Tour 2022

Sebuah kereta keluaran dari syarikat Malaysia, Proton Suprima S milik Wiliam Chong yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini menjadi juara dalam pertandingan The 2022 Hot Wheels Legends Tour Malaysia. 

Difahamkan, ia telah diumumkan sendiri oleh Hot Wheels menerusi laman Facebook rasmi mereka pada 30 September 2022 lalu. 

“Tahniah, kami berbesar hati untu mengumumkan pemenang bagi The 2022 Hot Wheels Legends Tour Malaysia – William Chong dan keretanya, Proton Suprima S!” tulis mereka di ruangan kapsyen. 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot Wheels (@hotwheelsofficial)

Dalam pada itu, ia sekaligus melayakkan kereta ini menjadi finalis untuk mewakili negara ke pertandingan lebih berprestij di peringkat antarabangsa. Ia juga merupakan satu peluang untuk melihat sebuah produk Malaysia dijelmakan sebagai kereta mainan skala 1/64 oleh Hot Wheels. 

Lebih membanggakan, ia buka sahaja akan dijual di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Oleh itu, bagi memastikan impian ini menjadi sebuah realiti, bantuan dari rakyat Malaysia sangat diperlukan untuk mengundi Suprima S ini secara atas talian untuk peringkat akhir di Hot Wheels Legends Tour 2022 rantau Asia Pasifik. 

Difahamkan, undian tersebut bermula hari ini menerusia laman Instagram rasmi mereka, hotwheelsofficial menerusi Insta Story mereka. 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot Wheels (@hotwheelsofficial)

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Hot Wheels

Faiz Mustafa