Siakap Keli
Gambar: Mirror

14 Orang Termasuk Kanak-Kanak 3 Tahun Cedera Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Chicago

14 Orang Termasuk Kanak-Kanak 3 Tahun Cedera Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Chicago

CHICAGO – Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk seorang kanak-kanak tiga tahun cedera selepas ditembak  dalam kejadian yang berlaku pada malam Halloween di bandar Chicago semalam, lapor Mirror UK.

Menurut pihak polis, kejadian itu juga memperlihatkan dua kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun mengalami kecederaan.

Manakala, seorang lagi mangsa turut cedera setelah dilanggar oleh sebuah kenderaan

Berikutan kejadian tersebut, pasukan penyelamat kemudian bergegas ke blok West Flournoy di West Side kira-kira jam 9.30 malam.

Kebanyakan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan yang kritikal dan masih dirawat di hospital.

Kredit: Mirror UK

“Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital yang berbeza, namun majoriti daripada mereka dihantar ke Hospital Stroger manakala selebihnya telah dihantar ke daerah Loyola, Northwestern dan Gunung Sinai.

“Ini merupakan siasatan awal, setakat ini kami mempunyai beberapa video mengenai insiden yang berlaku,” jelas pihaknya.

Kredit: Mirror UK

Tambahan pula, tembakan rambang itu hanya berlaku dalam tempoh kira-kira saat saat sahaja.

“Ia berlaku dalam tempoh masa kira-kira tiga saat. Suspek memandu kereta dan menembak secara rambang ke arah orang ramai

“Kami akan berjumpa dengan kesemua mangsa untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan kes itu,” tambah pihaknya lagi.

Setakat ini, motif kejadian dan identiti suspek masih lagi belum dikenal pasti.

Sumber: Mirror UK

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.