Siakap Keli
Dua Maut Seorang Cedera Dalam Runtuhan Kren
Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Dua Maut, Seorang Cedera Dalam Runtuhan Kren Di Setiawan

IPOH, 31 Okt (Bernama) — Dua lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan runtuhan kren gantri di sebuah kilang di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata pihaknya menerima maklumat runtuhan kren yang mengorbankan Abdul Rajim Hasmki, 33, dan Maiyden Asibin, 29, serta Mosed Alinid, 34, yang cedera pada jam 4.58 petang.

“Kemalangan kren industri berat dipercayai akibat kerja-kerja pemotongan kren untuk dilupuskan di mana berlaku runtuhan kren ketika kerja-kerja pemotongan dilakukan hingga menyebabkan tiga mangsa itu tersepit,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian telah mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan bantuan kren bagi memudahkan operasi.

Katanya, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

“Operasi menyelamat melibatkan 13 anggota bomba dan tujuh anggota polis tamat pada jam 10.55 malam,” katanya.

Sumber: BERNAMA

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.