Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Parlimen Larut dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lapor Sinar Harian.
Difahamkan, pemilihan Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dibuat berdasarkan populariti dan pengaruh besar yang dibawa beliau di Perak.
Selain itu, pemilihan tokoh agama itu turut dikatakan sesuai untuk diletakkan sebagai ‘underdog’ di kawasan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang kini menyandang kerusi di negeri itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Pemilihan lelaki yang berusia 50 tahun itu telah dibincangkan dalam pertemuan ‘top 5’ dua hari lalu.
Sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Hamzah menang atas tiket BN selepas mengalahkan calon Pas, abu Husin Mohamad dengan majoriti undi sebanyak 4,486.
Dalam masa yang sama, Hamzah keluar dari UMNO dan sertai Bersatu pada 2019.
Sementara itu, antara nama-nama besar calon BN yang lain ialah bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (Gua Musang) dan Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki (Gerik).
Calon lain ialah bekas Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican; Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera).

Terdahulu dilaporkan, Umno telah mengumumkan senarai penuh di 222 kerusi Parlimen pada PRU15 yang akan diadakan pada bulan ini.
Tan Sri Annuar Musa dilapor tidak dicalonkan untuk Parlimen Ketereh dan digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU15.
BN mencalonkan Marzuani Ardila yang merupakan Ketua Puteri Umno Bahagian Ketereh untuk Parlimen Ketereh.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi Parlimen Arau serta Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut tidak dicalonkan semula, memetik Sinar Harian.
BACA JUGA: Pakai Topi Tutup Muka Semasa Ceramah, Ustaz Kazim Dedah Sedang Ikut Nasihat Doktor
Sumber: Sinar Harian