Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengguna Android Kini Boleh ‘Play To No End’, Tanpa Gangguan Menerusi Kemudahan Transaksi Dalam Aplikasi Bersepadu Boost di Google Play

Jimat sehingga RM10 apabila anda membayar dengan Boost di Google Play*

KUALA LUMPUR, 1 November 2022 – Boost, cabang teknologi kewangan perkhidmatan penuh serantau Axiata yang terkemuka, telah melancarkan kemudahan pembayaran bersepadu bersama platform permainan mudah alih terbesar di dunia, Google Play. Mulai hari ini, semua pengguna Android di seluruh Malaysia boleh menikmati permainan dan penstriman yang tidak terbatas dan tidak terganggu di Google Play Store, dipacu oleh platform pembayaran rentas sempadan Boost.

Transaksi dalam aplikasi yang mudah dan selamat yang disediakan menerusi Boost ini akan membolehkan pengguna membeli kredit secara serta-merta di Google Play Store dan juga di dalam aplikasi permainan dan penstriman masing-masing, walaupun apabila pengguna kehabisan kredit di tengah-tengah permainan atau penstriman.

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Boost, berkata: “Kami sentiasa menambah baik tawaran kami dan memudahkan urusan para pengguna, peniaga dan rakan niaga untuk meningkatkan peluang kemenangan dan mencapai pertumbuhan tidak terbatas.

“Memandangkan pembelian kredit hiburan dan permainan adalah antara trend pengguna utama di aplikasi Boost, kemudahan ini membuka peluang keemasan untuk rakan-rakan niaga kami memacu pertumbuhan menerusi penyelesaian teknologi kewangan serba lengkap bagi memenuhi permintaan pengguna yang kian meningkat bagi pengalaman permainan yang lebih lancar dan menyenangkan.”

Sheyantha mengulas selanjutnya: “Kami teruja untuk bekerjasama dengan platform permainan mudah alih terbesar di dunia untuk melancarkan ciri pembayaran dalam aplikasi bersepadu ‘Play To No End’ (Main Sampai Puas) untuk pengguna Android menikmati pengalaman permainan dan penstriman yang tidak terbatas. Sebagai rakan pengeluar bil Google Play, Boost akan membolehkan pengguna melaksanakan transaksi secara mudah dan selamat di Google Play Store, tanpa perlu berhenti bermain atau keluar daripada mana-mana permainan atau kandungan.”

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Boost menganjurkan promosi ‘Play To No End’ dari 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023. Sepanjang tempoh ini, pengguna yang membayar dengan Boost di Google Play Store dan mana-mana aplikasi Google Play Store boleh menikmati penjimatan sehingga RM10*.

Nilai RM5 pertama akan diberikan sebagai pulangan tunai Google Play apabila anda membuat pembayaran pertama di Google Play Store, dan RM5 kedua adalah dalam bentuk kredit Dompet Rakan Niaga Boost selepas membuat satu lagi pembayaran pada bulan berikutnya*.

Untuk mengaktifkan transaksi dalam aplikasi mudah Boost, pengguna hanya perlu menghubungkan akaun Boost kepada Google Play, kemudian menambah Boost sebagai kaedah pembayaran pilihan anda. Pengguna boleh berbuat demikian sama ada menerusi aplikasi di pautan ini (https://bit.ly/BoostxGooglePlayStore) atau terus di profil Google Play masing-masing di bawah ‘Payments and Subscriptions’ (Pembayaran dan Langganan).