Siakap Keli
Twitter Rancang Bakal Kenakan Bayaran
Gambar: Jim Wilson/AFP Business Today

Twitter Rancang Kenakan Bayaran Bulanan Bagi Pengguna Yang Ingin Kekalkan “Verification Badge”

Twitter RancangĀ  Kenakan Bayaran Bulanan Bagi Pengguna Yang Ingin Kekalkan “Verification Badge”

Twitter dilaporkan bakal mengenakan bayaran $19.99 (RM94.65) setiap bulan bagi langganan Twitter Blue baharu kepada penggunanya, lapor Business Insider.

Difahamkan, pelan terbaharu itu bakal dilancarkan tidak lama lagi dan memerlukan pengguna untuk membayar bagi lencana pengesahan mereka (verification badge).

Ia dikatakan termasuk dalam perjanjian pembelian Twitter oleh pemilik baharu, Elon Musk.

Sementara itu, bekas editor The Verge, Casey Newton mendakwa bahawa eksekutif Twitter telah mengadakan perbincangan berhubung perubahan baharu pada platform media sosial itu pada hujung minggu.

Pengguna yang melanggan Twitter Blue perlu membayar langganan itu sekiranya tidak mahu kehilangan ‘lencana’ mereka.

Sebelum ini, Twitter Blue yang dilancarkan pada tahun lepas mengenakan bayaran bulanan sebanyak $4.99 (RM23.62) sebagai tawaran premium platform berkenaan.

Ciri terbaharu Twitter itu memberikan pengguna untuk mengakses ciri baharu seperti ikon aplikasi yang boleh ditetapkan, kelebihan mengubah atau menanda tweet (tweet bookmark) dan ‘mod pembaca’ untuk melihat dengan lebih mudah urutan siaran(thread).

Walau bagaimanapun, langganan pengesahan tersebut telah dinaikkan dengan harga yang diramal sebanyak $19.99 (RM94.65) sebulan, lapor The Verge.

Pelancaran Twitter Blue bagaimanapun bergelut dengan daya tarikan khusus dan ciri terhad namun menerusi langganan pengesahan itu mampu meningkatkan populariti pengguna.

Tambahan lagi, ia bakal menjadi aplikasi media sosial pertama di Amerika yang berbuat demikian sekiranya rasmi disebabkan masih banyak platform media sosial lain masih menawarkan secara percuma.

Buat masa kini, ciri itu hanya tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand namun kebanyakan pengguna menyuarakan pandangan dan spekulasi sebaliknya berkaitan ciri reformasi yang bakal dibawakan.

Dalam pada itu, satu ciapan yang dimuat naik oleh Elon hari ini turut menyatakan bahawa syarikat itu dalam fasa rombakan.

“Seluruh proses pengesahan sedang dirombak sekarang,” katanya di Twitter.

Sehingga kini, Musk dan eksekutif Twitter enggan menjawab sebarang pertanyaan daripada mana-mana media dan akhbar.

Sumber: Business Insider

BACA JUGA: Sah Jadi Pemilik Twitter Baharu, Elon Musk Dilapor Terus Pecat Beberapa Bos Besar Twitter

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?