Siakap Keli
Gambar: Salon.com

Sah Jadi Pemilik Twitter Baharu, Elon Musk Dilapor Terus Pecat Beberapa Bos Besar Twitter

Sah Jadi Pemilik Twitter Baharu, Elon Musk Dilapor Terus Pecat Beberapa Bos Besar Twitter

Jutawan dan pemilik syarikat Tesla, Elon Musk dilapor telah menjadi pemilik twitter yang baharu secara sah dan selepas menyelesaikan pengambilalihan Twitter berjumlah $44 bilion.

Menurut beberapa laporan media, Elon Musk dilaporkan turut memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Parag Agrawal dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Twitter, Ned Segal sejurus selepas menjadi pemilik Twitter yang sah.

Memetik laporan Insider, Musk telah berada di ibu pejabat Twitter di San Francisco pada minggu ini dan mengadakan mesyuarat dengan pekerja.

Mesyuarat tersebut dilaporkan akan berlangsung pada hari Jumaat.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Profesor undang-undang perniagaan di Universiti Michigan, Erik Gordon menyatakan bahawa hasil daripada perjanjian baharu itu, tuntutan Twitter terhadap Musk berhubung pembelian $44 bilion akan berakhir selepas kes berkenaan ditolak oleh Mahkamah Chancery Delaware.

Hakim mahkamah yang menyelia tuntutan Twitter terhadap Musk telah memberi mereka tempoh sehingga Jumaat, 28 Oktober sama ada untuk mencapai persetujuan di luar mahkamah atau meneruskan perbicaraan selama lima hari pada bulan depan.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Walaupun kedua-dua pihak dikatakan hampir bersetuju dengan perjanjian pada $50 sesaham, Musk akhirnya kembali kepada tawaran asalnya iaitu $54.20

Musk mengatakan bahawa beliau membeli Twitter bertujuan untuk menghapuskan bot dan membantu masyarakat dunia.

Kini, dengan mengambil alih syarikat Twitter tersebut, segala pembaharuan yang bakal diubah oleh Musk menjadi persoalan.

Selain itu, Musk menyatakan bahawa akan ada pelucutan jawatan yang melibatkan eksekutif.

Namun begitu, Musk juga sudah mengesahkan bahawa beliau tidak akan membuang 75% kakitangan Twitter seperti yang dilaporkan sebelum ini, lapor Insider.

Baru-baru ini, pemilik Twitter tersebut menghantar satu tweet video dirinya yang berjalan di ibu pejabat Twitter sambil membawa sinki dengan kapsyen “Let that sink in!

Beliau juga turut menukar profil Twitternya kepada “Chief Twit“.

Sumber: Insider

Noorliyana Ishak