Siakap Keli
Ahli Astronomi Kesan 3 Asteroid
Gambar: NSF's NOIRLab/DOE/FNAL/DECam/CTIO/NOIRLab

Digelar “Planet Killer”, Ahli Astronomi Kesan 3 Asteroid Berselindung Disebalik Cahaya Matahari

Digelar “Planet Killer”, Ahli Astronomi Kesan 3 Asteroid Berselindung Disebalik Cahaya Matahari

Ahli astronomi baru-baru ini telah menemui tiga asteroid yang sebelum ini tidak dapat dikesan akibat terlindung daripada sinaran matahari, lapor CNN.

Penemuan itu diterbitkan pada Isnin lalu dalam The Astronomical Journal selepas Kamera Dark Energy (DECam) yang terletak di Balai Cerap Antara Amerika Cerro Tololo di Chile berjaya mengesan asteroid berkenaan.

Difahamkan, salah satu asteroid itu berpotensi menimbulkan bahaya kepada bumi.

Tambahan lagi, ia juga tergolong dalam orbit bumi dan Planet Zuhrah.

Salah satu asteroid tersebut digelar sebagai  2022 AP7 yang mempunyai lebar 1.5 kilometer.

Walaupun masih belum dapat dipastikan namun ia mempunyai orbit yang dijangka boleh bergerak ke dalam laluan bumi pada masa akan datang

Manakala dua lagi asteroid iaitu 2021 LJ4 dan 2021 PH27 tidak berada dalam orbit yang boleh mengancam keselamatan bumi.

Salah seorang ahli astronomi di Makmal Bumi & Planet dari Institusi Sains Carnegie di Washington, DC, Scott S. Sheppard dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka sedang memerhati laluan pergerakan asteroid tersebut.

“Sehingga kini, kami telah menemui dua asteroid menghampiri bumi yang bersaiz kira-kira 1 kilometer dan digelar sebagai ‘pembunuh’ planet,” katanya.

“Asteroid itu akan membawa malapetaka kepada kehidupan sama seperti teori kepupusan besar-besaran yang berlaku pada bumi berjuta-juta tahun dahulu,” kata Sheppard.

Para saintis juga meramal bahawa lebih banyak batuan angkasa bakal ditemui dalam tinjauan beberapa tahun akan datang.

Mereka percaya terdapat kira-kira 1,000 objek yang bersaiz lebih daripada 1 kilometer berhampiran bumi selepas tinjauan sepanjang dekad lalu apabila menemui 95 peratus daripadanya.

Difahamkan, objek berhampiran bumi itu termasuklah asteroid dan komet yang terletak pada jarak 48.3 juta kilometer dari bumi.

Sehingga kini, tiada sebarang asteroid yang bergerak menghampiri orbit bumi namun dianggarkan lebih 27,000 asteroid dalam pelbagai bentuk dan saiz berhampiran bumi.

Tumpuan utama NASA dan organisasi angkasa lepas lain di seluruh dunia adalah mengesan objek berhampiran bumi yang boleh menimbulkan bahaya.

Untuk pengetahuan, Kamera Dark Energy membantu ahli astronomi mengatasi cabaran dalam pemerhatian dan mereka dapat meneroka langit malam yang luas secara terperinci.

Kelengkapan seperti ini dan balai cerap berasaskan angkasa lepas dapat menentukan asteroid yang tidak diketahui sebelum ini.

“Tinjauan DECam kami antara salah satu terbesar dan paling teliti pernah dilakukan berkaitan objek dalam orbit bumi dan berhampiran Zuhrah.

“Ia adalah peluang unik bagi memahami jenis objek yang tidak pernah diketahui dalam sistem suria,” katanya lagi.

Sumber: CNN

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.