Siakap Keli
Kredit APM/Facebook

Mukim Sok Dinaiki Air, Sembilan Keluarga Dilapor Terperangkap

Mukim Sok Dinaiki Air, Sembilan Keluarga Dilapor Terperangkap

Sembilan keluarga terperangkap dan sedang berlindung di kawasan bukit berikutan rumah kediaman mereka telah ditenggelami air, lapor Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sik.

Pasukan APM kini dikatakan sedang membuat pemantauan di beberapa kawasan terjejas berhampiran di Kampung Lenteng Mukim Sok.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Pasukan APM juga dilaporkan sedang mengatur gerak usaha bagi menyelamat mangsa banjir bersama-sama pasukan Bomba, IPD Sik, RELA serta JPKK.

Dalam kemaskini terbaru APM di akaun Facebook rasminya, pemantauan banjir di Kampung Lentang Mukim Sok oleh pasukan APM mendapati bahawa paras air sungai sudah semakin surut.

APM juga memberitahu bahawa, seorang ibu yang baru lepas pantang bersama bayinya serta keluarga lain yang terperangkap telah berjaya diselamatkan.

APM berkata, air mulai melimpah di Kampung Surau, Mukim Belantik dan hujan juga dikatakan masih tidak berhenti.

Sumber: Angkatan Pertahan Awam/Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.