Siakap Keli
Provided by SPOTV

SPOTV Gulung Musim MotoGP Di Valencia Dengan Kandungan Eksklusif Untuk Penonton Asia Tenggara

SINGAPORE, 1 November 2022 – Baru sahaja meraikan ulang tahun pertama, platform sukan,  SPOTV akan menamatkan musim MotoGP 2022 dengan perlumbaan ke-21, Gran Premio Motul  de la Comunitat Valenciana, di Valencia pada 4 – 6 November. 

Penonton SPOTV dan peminat sukan permotoran telah menikmati liputan 20 perlumbaan  MotoGP tahun ini melalui saluran utama di televisyen dan juka SPOTV NOW – yang juga  melibatkan Helicam dan pandangan kamera dari jentera. Tambahan pula, ulasan dalam Bahasa  Malaysia dan Thai juga disediakan untuk penonton di Malaysia dan Thailand. 

Perlumbaan terakhir MotoGP amat dinantikan, dengan pelumba lagenda dan juara dunia  sembilan kali, Valentino Rossi juga akan hadir pada perlumbaan ini bagi memberi sokongan  kepada pelumba dari Akademi VR46, Pecco yang sedang mensasarkan kejuaraan di  #TheDecider. Semua perhatian akan tertumpu kepadanya kerana beliau besar kemungkinan  akan menjadi pelumba pertama akademi tersebut menjuarai perlumbaan MotoGP, dan juga  pelumba Itali pertama yang menang sejak Rossi pada 2009. 

SPOTV akan berada di lokasi di Valencia untuk membawa konten menarik untuk para peminat  yang boleh didapati di laman sosial seperti: belakang tabir dan video sorotan perlumbaan, siaran  langsung dari paddock melalui Facebook LIVE, dan juga temubual ekslusif dengan pelumba. 

Lee Choong Khay, CEO SPOTV berkata: “Kami sangat menghargai sokongan yang telah  diberikan oleh para penyokong dan penonton bagi liputan MotoGP kami musim ini. Kami telah  bekerja keras dari awal musim untuk mempertingkatkan tawaran MotoGP kami melalui  kandungan ekslusif di platfom kami. Kami teruja dan tidak sabar untuk terus menyiarkan musim  2023 dan membawakan lebih keseronokan dari trek.” 

SPOTV akan menyiarkan MotoGP pada 2023 yang akan menampilkan 2 lagi lokasi Asia, India  dan Kazakhstan bermula Mac. (lihat Appendix untuk Kalendar 2023) 

SPOTV komited dalam memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan membawa  penonton lebih dekat kepada acara sukan terhebat dunia, bukan sahaja di kaca TV, tetapi juga  melalui aplikasi SPOTV NOW dan juga kandungan belakang tabir serta liputan di lokasi di laman  media sosial @SPOTVMY di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok and Twitter.  

SPOTV NOW boleh didapati di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura di  Google Play Store dan App Store. Saluran SPOTV boleh ditonton di 8 negara (Indonesia, Hong  Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan kawasan Asia Timur terpilih seperti Macau dan  Mongolia) 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa