Siakap Keli
UTS Tandatangan Perjanjian Pengiktirafan Global
Kredit: New Sarawak Tribune

UTS Tandatangan Perjanjian Pengiktirafan Global

Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dengan New York Institute of Finance (NYIF) dan NIUFU Consulting Management (M) Sdn Bhd (NIUFU).

Naib Canselor, Prof Datuk Khairuddin Abdul Hamid berkata kerjasama itu adalah salah satu usahanya untuk menyediakan lebih banyak akses kepada sijil profesional buat kakitangan dan pelajar.

Menurut Khairuddin, NYIF akan menyediakan latihan bertaraf dunia yang bersifat profesional dalam perkhidmatan kewangan dan industri berkaitan.

Malah, NYIF juga merupakan salah satu organisasi pertama di dunia yang melatih profesional dalam bidang perniagaan dan kewangan.

“Dengan kerjasama ini, NYIF akan menyediakan kursus praktikal, kurikulum, dan pengetahuan berkaitan dengan industri kewangan.

“Kakitangan dan pelajar yang menamatkan kursus ini akan dianugerahkan sijil yang dikeluarkan oleh NYIF.

“Malah, sijil itu juga telah diiktiraf di peringkat global dan dipercayai oleh organisasi kewangan antarabangsa.

“Mereka akan menjadi alumni NYIF yang berprestij. Dengan mempunyai rakan kongsi universitinya yang meluas, NYIF akan mempromosikan dan memudahkan program pendidikan bersama universiti terpilih di Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTS dan NYIF serta NIUFU.

UTS Tandatangan Kerjasama Global
Kredit: New Sarawak Tribune

Tambah Khairuddin, kedua-dua perjanjian MoU berkenaan berkuat kuasa selamat tiga tahun dan Pusat Pengajian Perniagaan dan Pembangunan (SMB) akan menjadi entiti hubungan utama yang mewakili UTS.

“Pada masa yang sama, kami percaya melalui kerjasama ini para pelajar akan memperoleh sijil profesional antarabangsa yang tidak ternilai dalam kursus industri terutamanya dalam perniagaan dan kewangan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi NUIFU Profesor Datuk Dr Sabarudin Mohd menyatakan terdapat empat aspek yang mereka sasarkan daripada kerjasama dengan UTS.

“Pertama ialah kursus profesional NYIF kepada pelajar UTS iaitu penawaran beberapa sijil tambahan untuk pelajar di sini.

“Malah, ini akan menjadi satu lagi pengiktirafan kepada para pelajar.

“Kedua ialah untuk pengambilan pelajar. Kita bukan sahaja fokuskan pengambilan pelajar namun kita juga inginkan kerjasama.

“Hal ini bermakna kita akan menjaga pelajar dari A hingga Z sehingga tamat pengajian,” tambahnya.

Sumber: New Sarawak Tribune

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.