Siakap Keli
Kredit: Twitter

Viral Foto Didakwa Pekerja Twitter Tidur Di Pejabat, Kerja 24/7 Untuk Kejar “Deadline” Bos Baru

Tular sekeping foto baru-baru ini yang didakwa merupakan seorang pengurus produk di Twitter yang tidur di atas lantai pejabat, gara-gara sedang bergelut dan mengejar tarikh akhir projek yang ditetapkan oleh pengurusan baharu selepas pengambil alihan oleh Elon Musk

Foto berkenaan dipercayai dikongsikan sendiri oleh Evan Jones, Pengurus Produk untuk Twitter Spaces yang menunjukkan Pengurus Bahagian Pengurusan Produk Twitter, Esther Crawford, sedang berbaring di dalam beg tidur sambil memakai penutup mata, dalam bilik seakan-akan bilik mesyuarat.

“Bila anda perlu sesuatu daripada bos Twitter anda, Elon,” kata Evan Jones dalam tweet berkenaan.

Crawford kemudian membuat ulang kicau pada gambar tersebut dengan kapsyen, “Apabila pasukan anda sedang bergelut dengan tarikh akhir yang diberikan, kadang-kadang anda perlu tidur di tempat kerja anda”.

Gambar bekernaan muncul ditengah-tengah berita bahawa pengurusan baharu Twitter meminta semua pekerja untuk menyegerakan beberapa pembaharuan yang ditetapkan oleh Musk, dengan tarikh akhir semakin hampir.

Beberapa sumber dalaman berkata mereka kini seolah-olah bekerja 24 jam dan 7 hari seminggu untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Manakala, ada juga pekerja yang merasa bimbang mereka akan kehilangan kerja sekiranya gagal melunaskan tanggungjawab yang diberi.

Sebelum ini, Musk diketahui pernah tidur di atas lantai pejabat ketika diperingkat awal penubuhan Tesla yang bergelut untuk mencapai sasaran pengeluaran.

Tindakan pekerja Twitter telah mengundang kritikan daripada warganet

Perkonsian tersebut bagaimanapun mendapat kritikan negatif daripada warganet, namun Crawford tampil menjelaskan situasi sebenar.

“Disebabkan segelintir orang sudah meninggalkan komen, jadi biar saya jelaskan bahawa apabila kita buat sesuatu perkara yang sukar, perlu ada pengorbanan (masa, tenaga dan sebagainya).

“Saya ada rakan sekerja dari seluruh negara sedang cuba memberikan sesuatu yang baharu. Maka, ia penting untuk saya sentiasa tampil di hadapan mereka dan memastikan pasukan saya tidak mengalami sebarang masalah.

“Saya berkerja dengan ramai orang yang berbakat dan memiliki cita-cita tinggi di Twitter dan ini bukan seperti  hari-hari kebiasaan kami.

“Kami memiliki masa kurang daripada satu minggu untuk membawa perubahan terhadap perniagaan dan budaya secara besar-besaran. Setiap orang telah memberikan usaha sebaik mungkin bagi setiap bahagian seperti produk, rekaan, bahasa, undang-undang, kewangan , pemasaran dan lain-lain lagi.

”Kami adalah satu pasukan dan kami suka dengan kerja kami,” katanya.

Gambar hiasan | Kredit: AFP

Walau bagaimanapun, foto tersebut telah mengundang kritikan daripada pengguna Twitter yang merasakan tindakan pekerja sampai terpaksa untuk tidur di atas lantai pejabat merupakan satu perkara yang agak berlebihan.

“Seorang pengurus yang menghargai anda dan kemahiran anda, tidak akan buat anda terpaksa tidur di tempat kerja anda demi mengekalkan pekerjaan anda,” balas pengurus editorial TechCrunch, Walter Thompson.

Sumber: New York Post 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma