Wanita Tawar Khidmat Uji Kesetiaan Cinta Lelaki, Raih Sehingga RM4,000 Sebulan
Satu pekerjaan baharu dilapor muncul di Brazil apabila sebilangan wanita muda disana menawarkan perkhidmatan menguji tahap kesetiaan pasangan pelanggan mereka secara atas talian muncul.
Menurut Oddity Central, pekerjaan tersebut kini telah menjadi sangat terkenal di platform media sosial Brazil termasuk di aplikasi TikTok dan juga Instagram.
Difahamkan, pekerjaan tersebut diceburi golongan wanita muda dengan caj bayaran antara RM18 hingga RM142 dan akan menguji tahap kesetian seorang lelaki terhadap isteri atau teman wanita mereka sebelum menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada pelanggan.
Wanita-wanita ini akan menghantar mesej secara peribadi menerusi aplikasi Instagram atau WhatsApp pasangan pelanggan dan berlakon contohnya mendapat nombor telefon tersebut melalui salah seorang kenalan.
Setelah itu, mereka akan serahkan semua bukti-bukti seperti tangkap layar mesej perbualan dan apa jua gambar yang telah dikongsikan secara atas talian oleh pasangan mereka.
Meneroka lama berita Universa menerusia Oddity Central, mereka telah menemu bual salah seorang pekerja yang berada dalam bidang tersebut, Nocolly,22. Pada awalnya, wanita yang baru melahirkan seorang anak itu menerima mesej dari Instagram untuk menguji tahap kesetiaan suaminya.
“Dia menghubungi saya menerusi mesej di Instagram dan memuji tahap kecantikan saya selain mendakwa bahawa saya memiliki ciri-ciri wanita idaman suaminya.
“Wanita tersebut mencurigai suaminya kerana telah berbohong berkali-kali. Oleh itu, dia mahu saya menggoda suaminya untuk melihat sama ada dia tergoda dan akan jatuh cinta atau tidak,” jelas Nocolly.
Sebaik sahaja dia menyelesaikan tugas, dia menghantar semua bukti-bukti yang diperoleh kepada pelanggannya.
Seterusnya, dia didekati pula oleh wanita lain dengan permintaan yang sama dan kini dia mampu menjana pendapatan bulanan hingga RM3,793 hingga RM4,742 dalam masa sebulan.
Sumber: Oddity Central