Siakap Keli
Mindef Serius Ringankan Beban Warga Pertahanan

Turun Sampai RM8 Harga Susu Bayi, Mindef Serius Ringankan Beban Warga Pertahanan

Turun Sampai RM8 Harga Susu Bayi, Mindef Serius Ringankan Beban Warga Pertahanan

Kenaikan kos sara hidup menjadi perbualan hangat di mana-mana. Walau bagaimanapun, usaha secara kolektif telah dijalankan melibatkan semua pihak yang mempunyai peranan dalam situasi ekonomi masa kini.

Kita juga tahu, kerajaan juga tidak berdiam diri.  Ini termasuk usaha daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF) melalui Perbadanan Perwira Negara Malaysia (PERNAMA) dengan inisiatif penurunan harga kira-kira bagi 200 produk jualan bagi meringankan beban perbelanjaan seharian warga pertahanan.

Berikut merupakan harga antara produk makanan dan barang keperluan asas di kedai PERNAMA selepas diturunkan harga:-

i. Susu formula bayi RM21.49 (Kira-kira RM8.78 lebih murah berbanding harga purata pasaran semasa)

ii. Tuala Wanita RM3.09 (Kira-Kira RM1.71 lebih murah berbanding harga purata pasaran semasa)

iii. Sardin RM6.99 (Kira-kira RM1.64 lebih murah berbanding harga purata pasaran semasa)

iv. Tepung RM2.49 (Kira-kira RM1.00 lebih murah berbanding harga purata pasaran semasa)

v. Beras 10kg RM25.00 (Kira-kira RM1.00 lebih murah berbanding harga purata pasaran semasa)

Tempoh satu bulan yang diberikan kepada PERNAMA untuk memperincikan pendekatan harga produk akhirnya berbuahkan hasil apabila menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpuas hati dengan cadangan yang diberikan kerana tidak jauh beza harga produk daripada kedai luar.

Inisiatif ini memperlihatkan penurunan harga sehingga 48% bagi makanan dan barangan keperluan asas seharian, manakala 90% bagi keperluan persekolahan anak-anak warga pertahanan.

PERNAMA juga akan melaksanakan penurunan harga pakaian seragam sekolah. Dengan penurunan harga ini, warga pertahanan boleh membeli pakaian seragam sekolah untuk anak masing-masing pada harga hanya RM5.00 bagi seluar dan RM5.00 bagi baju.

Usaha ini meliputi semua 93 kedai PERNAMA di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

Inisiatif penurunan harga di kedai PERNAMA yang akan dilaksanakan sebagai Jualan Akhir Tahun ini berkuatkuasa serta merta bermula hari ini sehingga 31 Disember 2022.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.