Siakap Keli

PRU-15: Hangat & Sengit, KJ Hadapi Saingan Tujuh Penjuru Di Sungai Buloh

PRU-15: Hangat & Sengit, KJ Hadapi Saingan Tujuh Penjuru Di Sungai Buloh

Calon BN yang juga merupakan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin perlu berdepan saingan sengit tujuh penjuru dalam PRU-15 di kerusi Parlimen Sungai Buloh, lapor BERNAMA sebentar tadi.

Beliau akan berdepan dengan calon PH Datuk R. Ramanan, Mohd. Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Mohd Yusof (GTA) dan tiga lagi merupakan calon Bebas.

Kerusi Parlimen berkenaan disandang oleh PH melalui Sivarasa dalam PRU-14 yang lalu.

Satu lagi kerusi, Parlimen Batu turut menyaksikan saingan sengit 10 penjuru di PRU-15 nanti. Menurut BERNAMA,  penyandang daripada PH, P. Prabakaran bakal berdepan saingan sengit termasuk darupada bekas penyandang, Tian Chua yang bertanding sebagai calon Bebas.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.