Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

PRU-15: Meriah, Ratusan Penyokong Iringi Calon Ke Pusat Penamaan Calon Hari Ini

PRU-15: Meriah, Ratusan Penyokong Iringi Calon Ke Pusat Penamaan Calon Hari Ini

Pengundi-pengundi Malaysia bakal menempuh satu lagi pilihanraya selepas kerajaan membubarkan Dewan Rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan pada 19 November ini.

Terdahulu, parti-parti politik sudah pun mengumumkan calon masing-masing mengikut kawasan untuk bertanding dalam PRU-15 kelak.

Secara umumnya, terdapat empat pakatan besar di Semenanjung yang bertanding dalam pilihanraya kali ini iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA) selain calon-calon bebas yang lain. Manakala di Sabah dan Sarawak, pakatan-pakatan parti politik yang bertanding di sana adalah lebih unik.

Hari ini, menerusi laporan BERNAMA adalah hari Penamaan Calon yang diadakan di seluruh negara. Ia juga menjadi petanda bahawa PRU-15 sudah bermula dan kemeriahan dapat dilihat dengan para penyokong mengiringi calon pilihan masing-masing ke Pusat Penamaan Calon.

Misalnya, Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bertanding di bawah (GTA) tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Jerlun dengan diiringI kira-kira 100 orang penyokong.

Manakala Calon GPS Santubong Nancy Shukri, diiringi kira-kira 700 orang penyokong ketika hadir di pusat penamaan calon parlimen itu yang diadakan di IKM Kuching.

Calon PAS Parlimen Hulu Terengganu yang bertanding dibawah PN, Datuk Rosol Wahid pula tiba di Penamaan Calon dengan diiringi kira-kira 300 orang penyokongnya.

Di Pulau Pinang, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow yang bertanding di bawah PH hadir ke Pusat Penamaan calon Parlimen Batu Kawan dengan diiringi penyokong namun tidak dinyatakan jumlahnya.

Di lokasi-lokasi lain, kehadiran calon-calon parti politik yang bertanding juga dijangka turut diiringi ratusan penyokong masing-masing.

Justeru, bagi memastikan situasi aman terpelihara di semua lokasi Penamaan Calon, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menempatkan anggota dan menggerakkan aset ke lokas-lokasi tersebut.

Situasi di Pusat Penamaan Calon Bukit Gelugor di Dewan SMK Chung Hwa Confusion dilapor masih tenang awal pagi tadi dengan kehadiran polis yang ramai.

Kehadiran anggota polis yang ramai di beberapa pusat penamaan calon seperti di Presint 9, Parlimen Puyrajaya, di Dewan Majlis Perbandaran Kluang, Paloh, Johor untuk Parlimen Sembrong, di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor, untuk Parlimen Kota Tinggi dan beberapa kawasan yang lain adalah untuk membuat persedian dan kawalan keselamatan.

Diharapkan proses penamaan calon hari ini berlangsung dengan aman dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.