Siakap Keli
ribut & petir berterusan
Gambar: BERNAMA

Hujan Berterusan Dijangka Landa Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Empat Hari

Hujan berterusan dijangka akan melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor selama empat hari bermula 8 November (lusa) sehingga 11 November ini.

Amaran cuaca hujan berterusan peringkat waspada itu dikeluarkan Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) pada 1.30 tengah hari, hari ini.

Difahamkan, jangkaan dibuat berdasarkan model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts(ECMWF) dan Global Forest System (GFS).

Menurut MET Malaysia, berdasarkan analisis berkenaan, keaadaan itu berpotensi menyebabkan penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak sepanjang tempoh tersebut.

Manakala negeri-negeri di pantai barat Semenanjung iaitu Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan(WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Sarawak pula dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir.

Malah, menurut MET Malaysia keadaan itu akan lebih kerap berlaku pada sebelah petang dan berlarutan sehingga malam.

Sehubungan itu orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my atau semua media sosial MET Malaysia dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini yang sahih dari semasa ke semasa.

Sumber: Jabatan Meteorlogi Malaysia

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.