Siakap Keli
Kebakaran Berlaku Di Balai Kota Bandung
Gambar: Bandung | Twitter

Balai Kota Di Bandung Dijilat Api

Beberapa jentera bomba dikerahkan untuk memadam api kebakaran yang berlaku di Gedung Bappelitbang, Balai Kota Bandung, Jawa Barat, pagi tadi.

Bagaimanapun punca kejadian itu berlaku belum disahkan dan masih dalam siasatan pihak berkuasa (setakat laporan ditulis).

Dapat dilihat juga, pasukan bomba bergelut untuk mengawal serta memadamkan api dengan menghalakan hos air ke atas bangunan itu.

Merujuk kepada video yang telah dimuat naik oleh akaun Twitter @BANDUNG, kelihatan api yang marak dari atas bangunan serta asap yang tebal terhasil daripada kebakaran itu.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Indozone

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.