Siakap Keli
bergaduh di padang bola
@PDRMsia via Twitter

Lima Lelaki Ditahan, Disyaki Bergaduh Di Padang Bola

Lima lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan yang melibatkan dua pasukan bola sepak di sebuah padang bola di Saujana Putra, Kuala Langat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata pihaknya menerima laporan pada 12.30 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa telah dipukul semasa berlaku pergaduhan di padang bola.

“Polis pada hari yang sama telah mengesan satu video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di media sosial mengenai kejadian itu.

“Kejadian berpunca disebabkan pihak pasukan lawan tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Ridhwan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada 2 pagi membuat tangkapan lima lelaki di sekitar Banting.

Difahamkan dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas lima buah telefon bimbit berserta kad sim.

“Pihak polis juga telah mengenal pasti beberapa orang suspek yang terlibat dan usaha mengesan serta menangkap suspek giat dijalankan.

“Kesemua suspek yang ditangkap adalah lelaki berumur 20 tahun hingga 25 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurut Ahmad Ridhwan suspek telah direman satu hari dan ditahan di Lokap Balai Polis Banting IPD Kuala Langat,” ujaranya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabtikan kesalahan.

BACA JUGA: Bergaduh Depan Balai, Pegawai Polis Cedera Ditembak Isteri Keempat

Sumber: @PDRMsia via Twitter

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.