Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Billionaire Malaysia, Robert Kuok Masuk Senarai 100 Manusia Terkaya Di Dunia, Nilai Aset RM 71.54 Bilion

Billionaire Malaysia, Robert Kuok Masuk Senarai 100 Manusia Terkaya Di Dunia, Nilai Aset RM 71.54 Bilion

Robert Kuok, 99, orang terkaya di Malaysia, disenaraikan sebagai antara 100 manusia terkaya di dunia di tangga ke-98, berdasarkan Indeks Billionaires Bloomberg hari ini.

Mengikut laporan tersebut, beliau mempunyai kekayaan bersih sebanyak USD 15.1 bilion (RM 71.54 bilion). Bermula dengan perniagaan gula, beras dan tepung pada 1949, beliau kini menjadi pemilik kepada sebuah syarikat multinasional dikenali sebagai Kumpulan Kuok.

Menurut Forbes, Kumpulan Kuok merangkumi pelbagai jenis perusahaan seperti perkhidmatan kotel, hartanah dan komoditi. Antaranya adalah Shangri-La Hotels and Resort yang diasaskannya di Singapura pada 1971.

Selain itu, beliau juga merupakan pemilik kepada Wilmar International, iaitu syarikat penapis minyak sawit terbesar di dunia dan juga PPG Group, iaitu konglomerat agrikultur yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Elon Musk berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai manusia terkaya di dunia, biarpun aset merosot, dengan nilai kekayaan USD 183 bilion (RM 867 bilion). Musk juga baru-baru ini membuat pembelian ke atas Twitter dengan bayaran melebih USD 40 bilion.

Di tangga kedua pula adalah Bernard Arnault dengan aset bersih sebanyak USD 143 bilion (RM 677 bilion). Di tangga ketiga adalah manusia terkaya di Asia dan India, iaitu Gautam Andani dengan nilai aset USD 136 bilion (RM 644 bilion).

Pemilik Meta, Mark Zuckerberg dari Facebook sebelum ini dilaporkan telah mengalami kerugian yang besar telah jatuh ke kedudukan 28 dalam senarai tersebut dengan aset bernilai USD 37.3 bilion (RM 176 bilion).

Manakala hartawan asal Indonesia, Budi Hartono, menjadi manusia terkaya di Asia Tenggara selepas menduduki tangga 69 indeks tersebut dengan nilai aset USD 19.7 bilion (RM 93.34 bilion).

BACA JUGA: Harta Mark Zuckerberg Tinggal Cuma RM 179.9 Bilion Je, Rugi RM 51 Bilion Selepas Pendapatan Meta Menurun

Sumber: Bloomberg

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.