Siakap Keli
Gambar: Liverpool Echo

FSG Dipercayai Buka “Offer” Nak Jual Liverpool FC

FSG Dipercayai Buka “Offer” Nak Jual Liverpool FC

Fenway Sport Group dipercayai membuka penjualan penuh pasukan Liverpool FC ketika ia sedang rancak menarik pelaburan baharu untuk kelab tersebut.

Menurut laporan Echo, pemilik syarikat berasal dari Amerika itu telah menjadi pengurus Anfield sejak Oktober 2010 lalu, namun kini mereka giat mencari pihak yang berminat dengan kelab berkenaan.

Laporan daripada The Athletic pada hari Isnin berkata, dua bank utama Amerika Syarikat di Goldman Sach dan Morgan Stanley telah dilantik untuk membantu proses penjualan itu.

Pembukaan kepada jualan oleh FSG itu kerana mereka melihat nilai kelab Liverpool FC telah meningkat sejak 12 tahun pengurusan mereka.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syarikat dari kumpulan Amerika telah membeli kelab itu daripada Tom Hick dan George Gillett pada Oktober 2010 dengan harga RM 1.6 bilion. Namun nilai kelab itu telah meningkat sehingga RM 19.6 bilion pada tahun ini menurut Forbes.

Dalam satu kenyataan FSG yang dibuat kepada ECHO pada Isnin lalu, mereka komited sepenuhnya dengan kejayaan berterusan The Reds di bawah kendalian Jurgen Klopp. Oleh itu, mereka kini terbuka untuk sebarang kemungkinan pelaburan kepada mereka yang berminat.

“Terdapat beberapa perubahan pemilikan baru-baru ini yang melibatkan pemilikan kelab di EPL. Soalan berkenaan pemilikan FSG ke atas Liverpool juga tidak dapat dielakkan,” tulis kenyataan itu.

“FSG sering mendapat minat daripada pihak ketiga yang ingin menjadi pemegang saham bersama di Liverpool. FSG pernah memberitahu sebelum ini, bahawa jika mereka yang berminat memenuhi syarat dan terma tersebut.

“Maka kami akan mempertimbangkan keputusan pemilikan bersama kelab berkenaan. Keputusan itu perlu dibuat bagi kepentingan yang terbaik untuk Liverpool sebagai sebuah kelab.

“FSG kekal komited sepenuhnya untuk kejayaan Liverpool, di dalam mahupun di luar padang,” sambung kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, FSG telah membelanjakan hampir RM 1.3 bilion bagi kemudahan infrastruktur kelab sepanjang tempoh 12 tahun pemilikan mereka. FSG telah membuka Stand Utama yang baharu dengan harga sekitar RM 599 juta dan juga Pusat Latihan AXA bernilai RM 272 juta yang siap pada Novemver 2020.

Sumber: ECHO

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.