Siakap Keli

Hujan Sejak Petang Tadi, Ini Keadaan Terkini Di Kunci, Pintu Air Di Taman Sri Muda

Beberapa kawasan di Shah Alam dipercayai telah dilanda banjir kilat, berikutan hujan lebat yang melanda kita-kira jam 3 petang tadi.

Menerusi laporan yang dibuat Siakap Keli sebentar tadi, kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir tersebut termasuklah kawasan Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 25, dan Padang Jawa.

Keratan artikel lepas

BACA JUGA: Hujan Lebat, Beberapa Kawasan Di Shah Alam Dipercayai Dilanda Banjir Kilat

Menurut beberapa sumber lain, Taman Sri Muda, Bukit Naga, Bukit Jelutong juga turut terjejas. 

Paras air banjir yang berketinggian kira-kira 0.3 meter itu telah membanjiri tempat kediaman penduduk di kawasan berkenaan bermula jam 4.30 petang.

Berdasarkan sebuah video yang tular di Facebook dimuat naik oleh Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashimm beliau berkongsi keadaan semasa di Sri Muda pada 6.45 petang tadi.

Dalam video tersebut, beliau menunjukkan pam air yang digunakan untuk membuang lebihan air berfungsi dengan baik.

https://www.facebook.com/watch/?v=874536680243617

Dalam perkembangan terbaharu, beliau dan juga mantan Menteri Pertahanan, YB Mohamad Sabu turut berkongsi perkembangan terkini situasi bajir di kawasan tersebut.

Berdasarkan rakaman yang dimuat naik, situasi banjir di kawasan berkenaan masih berada dalam situasi terkawal. Bagaimanapun, Majlis Pembandaran Shah Alam dalam satu kenyataan menasihatkan penduduk di kawasan Taman Sri Muda agar meletakkan kenderaan di kawasan tinggi.

Malah, MBSA turut memaklumkan bahawa tempat letak kereta Pasar Moden Sri Muda juga telah dibuka untuk penempatan kenderaan.

Kredit: Twitter

Orang ramai yang berdepan dengan situasi cemas dan memerlukan bantuan kecemasan akibat banjir di Shah Alam juga diminta untuk menghubungi Pasukan PANTAS di talian 03-5510581.

Sumber: Twitter & Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.