Siakap Keli
KKM Seru Orang Ramai Mula Pakai Pelitup Muka
Gambar: Bernama

Kes Positif COVID-19 Meningkat, KKM Seru Orang Ramai Mula Pakai Pelitup Muka Di Tempat Sesak

Kes Positif COVID-19 Meningkat, KKM Seru Orang Ramai Mula Pakai Pelitup Muka Di Tempat Sesak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang awam supaya memakai pelitup muka di tempat yang sesak dan ramai orang ekoran peningkatan kes positif COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di akaun rasmi KKM, bilangan kes kemasukan ke wad dan unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan peningkatan yang ketara.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Gambar: KKM Malaysia

Hal ini adalah disebabkan oleh pengesanan sub-varian Omicron XBB di negara ini, pada Oktober lalu.

Gambar: KKM Malaysia

“Orang ramai diingatkan untuk memakai pelitup muka dengan betul di tempat ramai dan sesak dan mengamalkan penjagaan kebersihan tangan serta TRIIS,” tulis KKM.

Dalam pada itu, KKM turut menyeru kepada orang ramai supaya mengambil vaksin dan dos penggalak bagi mengurangkan gejala serius akibat COVID-19.

“Vaksin masih berkesan mengurangkan gejala serius akibat jangkitan semua varian virus COVID-19, termasuk XBB.

“Justeru, KKM menyeru kepada yang layak untuk segera mengambil vaksin dan dos penggalak. Dapatkan temujanji anda melalui aplikasi @my_sejahtera,” tulis KKM.

Sumber: KKM Malaysia

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.