Siakap Keli
Penghantaran iPhone Ke Seluruh Dunia Dijangka Mengalami Kelewatan
Kredit Apple Inc

Kilang Terpaksa Ditutup, Apple Umum Penghantaran iPhone Ke Seluruh Dunia Dijangka Mengalami Kelewatan

Kilang Terpaksa Ditutup, Apple Umum Penghantaran iPhone Ke Seluruh Dunia Dijangka Mengalami Kelewatan

Syarikat pembuatan teknologi terkemuka, Apple Inc memaklumkan kepada pembeli bahawa penghantaran produknya dijangka mengalami kelewatan ekoran perintah berkurung yang dilaksanakan di China.

Menurut BBC, perintah berkurung yang dilaksanakan itu memaksa pengoperasian kilang iPhone terbesar di dunia yang berada di China ditutup.

Syarikat teknologi gergasi itu berkata, penutupan tersebut telah menjejaskan operasi bagi pemasangan di kilang mereka yang berada di wilayah Zhengzhou.

Kerajaan China dilaporkan telah melaksanakan perintah berkurung dan menutup semua jenis operasi di daerah yang menjadi lokasi kepada kilang yang dikendalikan oleh Foxconn itu, selama tujuh hari bermula 2 November lalu.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

“Seperti yang kami lakukan sepanjang pandemik Covid-19, kami mengutamakan kesihatan dan keselamatan kepada pekerja dalam rantaian bekalan kami,” kata satu kenyataan Apple, yang melancarkan produk iPhone terbarunya pada September lalu.

“Kami melihat permintaan yang tinggi bagi model iPhone 14 Pro dan iPhone Pro Max. Bagaimanapun, kami kini menjangkakan penghantaran iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max lebih rendah daripada jangkaan kami sebelum ini. Pelanggan perlu menunggu lebih lama untuk menerima produk baharu mereka,” sambung kenyataan itu lagi.

Pengumuman itu mungkin akan mengecewakan pelabur yang berharap China akan menarik semula sekatan Covid tersebut dalam masa terdekat.

Sumber: BBC 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.