Siakap Keli
Termasak' Nasi Dalam Peti Sejuk
Kredit TikTok

Mungkin Terlampau Penat, Wanita Terkedu ‘Termasak’ Nasi Dalam Peti Sejuk

Mungkin Terlampau Penat, Wanita Terkedu ‘Termasak’ Nasi Dalam Peti Sejuk

Satu klip video yang memaparkan seorang wanita bertindak memasukkan beras yang siap dicuci ke dalam peti sejuk sehingga beku tular di media sosial Indonesia, lapor yoursay id.

Berdasarkan video berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @kutie tersebut, wanita itu dikatakan sebenarnya mahu memasak beras yang siap dicuci itu menggunakan periuk nasi elektrik namun entah bagaimana dia termasukkan beras itu ke dalam peti sejuk.

“Astaghfirullah, apa masalah saya, baru nak makan tengok periuk nasi tak ada. Macam mana boleh masuk ke ‘freezer’,” tulis wanita itu dalam muat naik video di Tiktok.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Wanita itu mengaku bahawa dia terkejut apabila melihat periuk nasi yang ingin dimasaknya berada di dalam peti sejuk berkenaan.

Dia kemudiannya mengeluarkan periuk nasi tersebut dan mendapati beras itu tadi sudah membeku menjadi ais.

Menurut yoursay id, wanita itu berkata pada mulanya dia sebenarnya mahu memasukkan beras yang sudah siap dibasuh itu ke dalam periuk nasi elektrik. Namun, fikirannya melayang dan ketika itulah dia bertindak memasukkan periuk nasi itu ke dalam peti sejuk tersebut.

Kejadian itu hanya disedari wanita berkenaan apabila dia hendak menjamu selera.

Perkongsian video itu lantas telah mendapat perhatian daripada pengguna media sosial. Rata-ratanya menyatakan bahawa mereka juga pernah berada dalam situasi berkenaan.

“Saya pernah mahu bancuh kopi, isinya dibuang malah bungkusan kopi yang saya masukkan ke gelas. Lepas sedar istighfar panjang saya,” komen salah seorang dari warganet.

“Baru semalam terjadi, nak gosok gigi tapi guna pencuci muka. Ketawa aku sorang diri dalam bilik air sampai suami ketuk pintu kerana dia fikir aku lagi bertelefon diam-diam di bilik air.”komen lagi seorang penonton video tersebut.

@kustiatisyaqhira

#ngakak tapi pengen nangis

♬ suara asli – Kustie – Kustie

Sumber: Yoursay Id, TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.