Siakap Keli

Patutlah Banyak “Sale” Bermula Lewat Malam, Tapi Ramai Yang Tak Sedar Sebabnya

Apa benda terakhir yang korang buat sebelum korang lelapkan mata setiap malam? Ada yang suka membaca, tapi yang pasti ramai yang layan media sosial sampai mengantuk atau nak terlelap. 

Zaman kini, lebih-lebih lagi semasa dan selepas pandemik, ramai yang semakin bijak membeli belah secara online kerana ianya mudah dan hanya perlu klik sahaja. Faktor-faktor lain seperti harga yang berpatutan, promosi semasa kempen atau jualan mega, serta tidak perlu bersusah-payah habiskan tenaga dan masa pergi ke kedai juga membuatkan kita memilih untuk membeli-belah dalam talian. 

Teknologi telah mengubah gaya hidup harian di mana semuanya berada di hujung jari. Penggunaan telefon pintar sebelum tidur juga telah menjadi kebiasaan. Rata-rata mengatakan mereka melayari laman web atau media sosial di telefon pintar sementara belum mengantuk. Sedar tak sedar, tabiat ini sebenarnya berkait rapat dengan psikologi kita.

MENGAPA RAMAI ORANG LEBIH SUKA BELI BELAH PADA TENGAH MALAM?

  • Suasana tenang dan lebih masa untuk fokus

Selepas sibuk dengan kerja, sekolah, kolej atau aktiviti sepanjang hari, malam merupakan waktu yang dinantikan untuk berehat. Malah, inilah masa untuk chillax dan layari media sosial atau  online shopping.

  • Self reward‘ atau ‘retail therapy’ selepas penat bekerja

Setelah seharian penat bekerja, ramai yang membeli-belah pada malam hari sebagai ganjaran untuk  diri sendiri.. Waktu inilah barang-barang di dalam cart akan di checkout sekaligus memberi kegembiraan segera (instant gratification) kepada mereka. Lepasi ‘retail therapy’ pastinya rasa happy dan barulah boleh tidur dengan lena!

  • Jualan Mega selalunya bermula pada jam 12 tengah  malam

Bagi kebanyakan platform eDagang, jualan besar-besaran atau mega sale bermula pada pukul 12 tengah malam. Bagi yang dah biasa dengan rutin online shopping atau mereka yang menanti-nantikan jualan mega untuk beli produk idaman atau wishlist item, inilah masa untuk bersedia dengan telefon pintar dan shopping sakan.

  • Peluang untuk dapat baucar RM500 bagi pelanggan ke-111 dan macam-macam hadiah

Bagi Jualan 11.11  Lazada kali ini, korang bukan je boleh nikmati banyak  promosi, tapi ada banyak tawaran, hadiah giveaway dan aktiviti shoppertainment yang mengujakan pada waktu yang berbeza sepanjang 24 jam Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada ni, termasuk diskaun sehingga 90% dan penghantaran percuma pada hari tersebut. 

Yang paling istimewa pada Jualan Sehari Terbesar Lazada 11.11 ni, korang berpeluang dapat baucar bernilai RM500 kalau jadi pembeli ke-111 bagi setiap jam bermula 2 pagi sehingga 7 pagi. Dan jangan lepaskan peluang untuk nikmati ganjaran melalui Shop and Win, di mana hadiah bernilai sehingga RM240,000 daripada jenama terkemuka seperti OGAWA, BONIA, Timberland, Tefal dan banyak lagi boleh dimenangi apabila pengguna check-out pembelian mereka pada waktu tertentu sepanjang 11 November 2022.

Wow! Banyak betul offer kat Lazada sampai tak tahu mana satu nak pilih? Jangan pening-pening, korang klik je CLEO chatbot dan masukkan kod ‘LAZADA1111BESTDEALS’ untuk cari offer terbaik daripada Tawaran Mesti Beli Lazada. Kat situ banyak gila item dengan jaminan diskaun 50% ke atas! Masa ni lah nak checkout semua barang-barang yang terperam dalam cart selama ni.

Jadi jangan buang masa, jom rebut hadiah dan baucar-baucar menarik di Lazada sepanjang 11.11 ni. Chat dengan CLEO chatbot sekarang.



Siti Fatimah