Siakap Keli
Bungkus Diri Semata Nak Makan Pisang
Kredit Daily Mail

Pengguna Kereta Api Di Wuhan Nekad Bungkus Diri Semata Nak Makan Pisang, Elak Langgar “SOP”

Pengguna Kereta Api Di Wuhan Nekad Bungkus Diri Semata Nak Makan Pisang, Elak Langgar “SOP”

Seorang pengguna kereta api bawah tanah di Wuhan, China nekad ‘membungkus’ dirinya menggunakan beg plastik besar hanya untuk memakan pisang sebagai usaha untuk patuh kepada peraturan Covid di negara itu, lapor Daily Mail.

Wanita itu dilihat sedang memakan buah pisang tersebut sebelum memasukkan kulitnya ke dalam satu lagi beg plastik kecil yang dibawanya bersama.

Insiden itu berjaya dirakam oleh seorang penumpang lain dalam kereta api tersebut.

Pada mulanya saksi yang merakam kejadian itu beranggapan bahawa wanita tersebut berpakaian sedemikian sebagai kostum untuk sambutan Halloween.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Namun kemudian dia menyedari bahawa terdapat satu peraturan di mana orang ramai tidak dibenarkan menanggalkan topeng muka mereka untuk makan di dalam pengangkutan awam.

Tambahnya lagi, dia faham akan tindakan penumpang wanita berkenaan. Kerana adalah mustahil untuk makan di dalam kereta api bawah tanah sambil memakai topeng muka.

“Dia berjaya mengasingkan dirinya daripada orang lain dengan menggunakan beg plastik berkenaan,” kata saksi itu lagi.

Dia merakam video berkenaan kerana beranggapan ianya pelik dan mahu berkongsi apa yang dilihatnya itu kepada orang ramai.

Dua lelaki di sebelah penumpang wanita tersebut dilihat seakan tidak mempedulikan wanita berkenaan. Mereka kelihatan sibuk menggunakan telefon bimbit mereka, dan seorang lagi penumpang seperti sedang tidur.

Sejurus selepas video itu tular, jurucakap daripada syarikat kereta api tersebut mengingatkan orang awam bahawa perbuatan makan di dalam pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa makan di dalam kereta api di Wuhan dan di bandar raya China yang lain adalah tidak dibenarkan,” kata jurucakap Metro selepas video rakaman itu menjadi tular.

“Kami juga menggesa sesiapa sahaja yang ternampak aksi seperti berikut untuk menghubungi talian hotline kami bagi menangani perkara berkenaan,”sambung jurucakap itu lagi.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.