Populasi Penduduk Bumi Dijangka Bakal Cecah 8 Bilion Minggu Depan
Populasi penduduk dunia dijangka mencecah lapan bilion pada minggu depan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Berdasarkan laporan Daily Mail, Divisyen Populasi Penduduk PBB berkata bahawa populasi penduduk bumi akan terus bertambah dalam dekad yang akan datang.
Jangka hayat juga dijangka meningkat kepada purata 77.2 tahun menjelang 2050.
Pada 15 November ini, bilangan manusia di Bumi dilaporkan akan meningkat kepada lapan bilion, lebih tiga kali ganda dan lebih tinggi daripada 2.5 bilion penduduk global pada tahun 1950.
Pada tahun 1950, purata kadar kesuburan ialah 5 bagi setiap wanita dalam sepanjang hayatnya. Namun pada tahun 2021, kadar kesuburan purata menurun kepada 2.3 dan menjelang tahun 2050 kadar purata kesuburan bakal menurun menjadi lagi kepada 2.1.

“Kita telah mencapai tahap di mana majoriti negara dan majoriti penduduk dunia kini tinggal di negara yang mempunyai kadar kesuburan yang rendah, atau kira-kira 2.1 kanak-kanak bagi setiap wanita,” kata jurucakap wakil PBB Miss Snow.
Faktor utama yang mendorong pertumbuhan populasi global ialah purata jangka hayat yang terus meningkat iaitu 72.8 pada tahun 2019, meningkat sebanyak sembilan tahun pada 1990 lalu. PBB juga meramalkan purata jangka hayat akan meningkat kepada 77.2 tahun menjelang 2050 ini.
Hasilnya apabila digabungkan dengan kemerosotan kesuburan, perkadaran orang yang berumur lebih 65 tahun dijangka meningkat 10 peratus pada 202 kepada 16 peratus pada 2050.
Peningkatan ini akan memberi kesan kepada pasaran buruh dan sistem pencen di setiap negara. Sementara itu ianya juga akan memerlukan lebih banyak penjagaan bagi warga emas.

Di bawah purata global terdapat jurang besar bagi beberapa negara serantau. Sebagai contoh, PBB mengunjurkan bahawa lebih separuh daripada pertumbuhan penduduk menjelang 2050 akan datang hanya melibatkan lapan negara.
Antara negara yang terlibat ialah Republik Demokratik Congo, Mesir, Ethiopia, India, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Tanzania.
Purata umur di kawasan berbeza juga bermakna, pada masa ini Eropah menunjukkan bilangan 41.7 tahun berbanding 17.6 tahun di Sub-Sahara Afrika. Jurang perbezaan itu tidak pernah berada pada jarak sebesar itu.
Sesetengah pakar percaya bahawa perbezaan demografi serantau ini mungkin memainkan peranan penting dalam geopolitik pada masa hadapan.
Menurut PBB, dalam ilustrasi lain mengenai perubahan trend, dua negara yang mempunyai penduduk paling ramai iaitu China dan India akan bertukar-tukar tempat seawal 2023.
1.4 bilion penduduk China akan mula merosot, jatuh kepada 1.4 bilion menjelang 2050 berdasarkan unjuran terbaru PBB.
Penduduk India yang berada di bawah China dijangka akan melepasi negara tersebut menjelang 2023 dan akan meningkat kepada 1.7 bilion menjelang 2050.
Amerika Syarikat akan kekal sebagai negara ketiga yang mempunyai penduduk paling ramai pada tahun 2050. Kedudukan itu akan diduduki oleh satu lagi negara lain iaitu negara Nigeria dengan 375 juta penduduk.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa populasi penduduk Bumi bakal mencecah 9.7 bilion orang menjelang tahun 2050 akan datang.
Sumber: Daily Mail