Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di kebanyakan negeri sehingga 9.00 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan kira-kira jam 5.00 petang tadi melibatkan beberapa negeri termasuklah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan WP Labuan.
Bagi negeri Kedah, kawasan yang terlibat adalah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Pulau Pinang pula melibatkan daerah Seberang Perai Selatan.
Sementara itu, daerah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang turut dijangka akan dilanda cuaca tersebut.
Manakala di Johor pula melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian.
Seterusnya, negeri Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang.
Bagi negeri Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat.
Selain itu, cuaca buruk itu juga akan melanda seluruh negeri Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan WP Labuan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.
Sumber: Met Malaysia
BACA JUGA: Elak Kena ‘Sidai’ & Boros, Ini 9 Tips Suami Boleh Guna Bila Nak Teman Isteri “Shopping” Hujung Tahun