Siakap Keli
ini 9 tips suami boleh guna bila nak teman isteri shopping

Elak Kena ‘Sidai’ & Boros, Ini 9 Tips Suami Boleh Guna Bila Nak Teman Isteri “Shopping” Hujung Tahun

Elak Kena ‘Sidai’ & Boros, Ini 9 Tips Suami Boleh Guna Bila Nak Teman Isteri “Shopping” Hujung Tahun

Kebiasaannya, golongan wanita akan mengambil masa yang agak lama untuk membeli-belah barangan yang disukai. Tambah-tambah lagi jika ada jualan hujung tahun atau Year End Sale (YES) yang memperlihatkan pelbagai promosi dan diskaun yang ditawarkan di semua pusat membeli-belah mahupun secara dalam talian.

Bukan mudah untuk menepis ‘godaan’ ketika YES ini. Manakan tidak, nampak saja perkataan sale, memanggil-manggil jiwa dan sanubari untuk mula melampiaskan nafsu dan duit yang dikumpul selama ini.

Ketika ini para suami semestinya perlu sedikit bersabar kerana terpaksa menunggu si isteri siap berbelanja. Mahu tak mahu memang kena ‘sidai’ lama la jawabnya.

Tetapi para suami jangan risau kerana SK ada tips nak dikongsikan yang sedikit sebanyak boleh menyelamatkan korang dan paling penting dapat juga mengatur perbelanjaan dengan baik..

Tambahan lagi mesti ada yang nak berfesyen tapi takut duit habis shopping bukan? Jangan risau sebab YES merupakan masa yang sesuai untuk korang berbelanja.

Tips berbelanja ketika YES

1. Ambil gambar atau buat senarai barang yang hendak dibeli beserta bajet perbelanjaan

Langkah paling utama yang perlu korang lakukan jika ingin shopping adalah dengan mengambil gambar atau membuat senarai barang yang hendak dibeli. Ini bagi memastikan korang tidak membeli barangan yang tidak penting.

Malah, bajet perbelanjaan juga perlu dibuat bagi mengelakkan berlakunya keborosan. Maklumlah, semua barang ada promosi dan ditawarkan dengan harga yang sangat murah, pastinya ia akan membuatkan kita terdorong untuk membeli semua jenis barang.

Paling penting jangan mudah tergoda apabila melihat poster diskaun kerana anda mungkin membeli barang yang tidak perlu.

Walaupun tidak ada jualan akhir tahun sekalipun, langkah seperti ini sebenarnya sangat penting bagi pengurusan kewangan masing-masing.

ini 9 tips suami boleh guna bila nak teman isteri shopping
Gambar: Pixabay

2. Buat perbandingan harga di antara pusat membeli-belah lain

Bagi memastikan barangan yang ingin dibeli itu betul-betul murah dan jimat, korang perlu melakukan perbandingan harga di antara pusat membeli-belah lain. Kebiasaannya ada sesetengah barangan yang sememangnya mempunyai perbezaan harga yang ketara di setiap pusat beli-belah yang berlainan.

Ini juga termasuk jualan melibatkan fesyen seperti pakaian yang boleh didapati dengan harga yang sangat berbaloi jika bijak membeli.

3. Bawa wang cukup-cukup

Nak shopping ini kalau tiada duit yang cukup memang rasa sangat tak best terutama banyak barang yang ingin dibeli. Justeru, korang perlu sentiasa membawa wang yang cukup agar mood untuk shopping pun tidak ‘ke laut’.

Tambahan pula bagi yang ada anak ramai atau keluarga yang besar, mesti banyak kelengkapan dan barangan perlu dibeli. Ketika itu, jika tiada duit yang cukup memang tak dapat la nak beli semua.

Gambar: Pixabay

4. Teknik fikir 30 saat

Sesiapa saja pasti akan rambang mata ketika jualan murah, kalau boleh semua benda nak dibeli dan diangkut bawa balik ke rumah. Tetapi untuk mengelakkan sikap boros, korang perlu melakukan teknik fikir 30 saat iaitu dengan mempertimbangkan terlebih dahulu jika korang patut beli atau tidak sesuatu barang.

Jika tidak pernah terlintas untuk membelinya, seeloknya korang lupakannya terlebih dahulu dan mungkin boleh membelinya untuk tempoh masa akan datang.

5. Belanja dengan wang tunai- lebih terkawal

Di era cashless ini, pastinya ramai yang akan menggunakan kad kredit, debit, kod QR atau e-Wallet untuk membayar barangan yang dibeli. Apakan tidak, kesemua medium tersebut sememangnya memudahkan pengguna.

Bagaimanapun, untuk shopping lebih elok jika korang berbelanja dengan menggunakan wang tunai kerana pembelian korang itu akan lebih terkawal. Jika menggunakan pembayaran secara cashless, ada kemungkinan korang akan mengambil barang tanpa memikirkan mengenai wang yang ada.

ini 9 tips suami boleh guna bila nak teman isteri shopping
Gambar: Pixabay

6. Katakan TIDAK jika tak memerlukan

Bukan mudah untuk mengelak daripada membeli semua jenis barangan ketika jualan murah tetapi anda perlu berani untuk berkata TIDAK jika ia tidak diperlukan. Kalau boleh hiraukan segala kata-kata manis atau pujukan dari jurujual.

7. Belajar tawar menawar

Tawar menawar adalah kemahiran membeli yang perlu ada pada setiap orang kerana korang dijamin akan mendapat harga yang lebih murah jika pandai ‘berceloteh’ dengan penjual. Semestinya tidak mudah tetapi kebiasaannya teknik tawar menawar ini memang akan membuahkan hasil.

8. Ajak kawan shopping- boleh share-share

Salah satu cara untuk korang berjimat ketika jualan akhir tahun adalah dengan mengajak kawan-kawan atau keluarga untuk shopping bersama.

Dengan cara ini, korang akan dapat berkongsi wang dan membeli barangan yang diinginkan bersama. Malah, korang juga boleh membeli secara pukal dan mendapatkan harga yang lebih rendah bagi setiap barangan.

Dalam erti kata lain, lagi banyak korang beli barang itu lagi murah harga yang korang akan dapat. Jadi, jangan lupa ya ajak kawan kalau nak shopping.

9. Rancang tempat membeli-belah – pergi satu tempat dapat semua

Bila dah ajak kawan-kawan, kenalah pergi ke destinasi membeli-belah yang terbaik dan tentunya menawarkan harga murah dan jualan berbaloi.

Bercakap mengenainya, sempena akhir tahun ini, KWC Fashion Wholesale akan mengadakan KWC Bomb Sale Campaign dengan pelbagai tawaran yang menarik.

Ketika jualan istimewa ini, 18 buah butik pakaian akan melakukan jualan Happy Hour selama satu jam. Korang akan berpeluang menikmati diskaun jualan sehingga 80 peratus. Menarik bukan?

ini 9 tips suami boleh guna bila nak teman isteri shopping

Ia akan berlangsung pada 4,5,6, 11, 12, dan 13 November ini dari 11 pagi hingga ke 4 petang.

Antara barangan yang dapat dibeli ialah koleksi baju raya, pakaian lelaki dan wanita, kanak-kanak, aksesori, dekorasi rumah dan banyak lagi.

Lebih menarik, korang juga berpeluang untuk bertemu mata dengan selebriti, Amyza Aznan atau lebih mesra dipanggil Kak Kaaia pada 5, 6 dan 12 November 2022.

Sambil shopping, korang juga boleh menyertai cabutan bertuah dan memenangi pelbagai hadiah menarik. Untuk menyertainya, korang perlu membeli apa-apa produk ketika jualan Happy Hour berlangsung.

Jadi apa tunggu lagi? Jom sama-sama kita shopping di KWC dan dapatkan harga diskaun yang super jimat. Tapi jangan lupa ya ikuti tips yang telah SK kongsikan agar korang dapat berbelanja dengan lebih bijak.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh melayari laman web KWC Fashion Wholesale DISINI.

Sofea

There's always another side to every story