Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

16 Stesen LRT Digantung Operasi Selama Tujuh Hari Bermula Hari Ini

Syed Faisal Sayed Muhammad
Kredit BERNAMA

16 Stesen LRT digantung operasi selama tujuh hari bermula hari ini

RapidKL pada hari ini mengeluarkan notis gangguan perkhidmatan LRT yang melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park selama tujuh hari bermula hari ini.

Penggantungan operasi itu bermula dari 9 November sehingga 15 November ini melibatkan stesen LRT yang beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 11 malam sahaja.

16 Stesen LRT tersebut adalah, Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan terakhir Ampang Park.

Kredit Rapid KL

Stesen-stesen lain akan beroperasi seperti biasa namun akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam.

Sumber: BERNAMA