Siakap Keli
Ibu Jari Terpanjang Di Dunia
Gambar: TikTok Jacob Pina

Boleh Panjangkan Sampai 5 Inci, Remaja Dakwa Miliki Ibu Jari Terpanjang Di Dunia

Boleh Panjangkan Sampai 5 Inci, Remaja Dakwa Miliki Ibu Jari Terpanjang Di Dunia

Seorang lelaki menjadi popular di aplikasi TikTok selepas mendakwa ibu jarinya boleh dipanjangkan sepanjang lima inci sebelum menariknya kembali normal.

Jacob Pina, 23, dari Westport, Massachusetts, menunjukkan ibu jari gergasinya sehingga memperoleh dua juta pengikut di TikTok.

Dakwaan tersebut menyebabkan ramai pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada pemuda itu berkata benar atau sebaliknya.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Meskipun ibu jarinya mempunyai kepanjangan yang luar biasa, pengikutnya mendakwa bintang media sosial itu cuba untuk menipu mereka kerana ibu jarinya kelihatan boleh ditarik balik dari sudut yang berbeza.

Gambar: TikTok Jacob Pina

Namun begitu, Pina mengatakan ia menjadikan dirinya unik dan menarik serta seimbang dengan tangannya yang mempunyai jari-jemari yang kurus, lapor Daily Mail.

Selain itu, beliau juga menggelarkan dirinya sebagai juara perang ibu jari kerana tidak pernah kalah dalam permainan perang ibu jari.

Gambar: TikTok Jacob Pina

Sebelum ini, Pina berkata dia hanya menyedari bahawa dia mempunyai ibu jari yang panjang apabila rakannya menunjukkan kepadanya.

Kemudian, pemuda itu baru tersedar ketika meneliti ibu jarinya dan menyedari dia boleh memanjangkan ibu jari sepanjang 5 inci.

“Saya boleh menarik dengan mudah dan ia tidak menyakitkan langsung,” kata Pina.

Pada pendapat Pina, mempunyai ibu jari yang panjang dan unik itu memberikan manfaat kepadanya kerana beliau telah memperoleh ramai pengikut dari seluruh dunia di aplikasi TikTok.

Gambar: TikTok Jacob Pina

“Ketinggian saya yang agak tinggi ini kira-kira 5’11 (180 cm) menjadikan ianya seimbang dengan seluruh tubuh badan saya,” kata Pina lagi.

Sejak bintang media sosial ini memuat naik videonya di TikTok, ramai pengikut yang terpesona dengan keunikan ibu jarinya itu, lapor Daily Mail.

Pina mendakwa dia mula menyedari ibu jarinya yang besar itu ketika dia berpindah ke Fall River, Massachusetts dan menjadi pelajar baharu di Bishop Connolly High School.

“Pada waktu itu saya sedang duduk bersama rakan-rakan saya bernama Alec dan Cameron dan mereka menegur mengenai keadaan ibu jari saya lalu menghebohkannya kepada orang lain,” jelas Pina.

“Ia bukan buli, mereka berkelakuan seperti itu kerana tidak pernah melihat perkara sedemikian,” jelasnya.

Menurutnya, beliau juga tidak tahu mengapa ibu jarinya itu tidak sama seperti jari-jemarinya yang lain.

Selain itu juga, Pina mengatakan bahawa apabila orang lain melihat ibu jarinya, mereka akan terkejut dan membezakan antara jari mereka dengan jari Pina dan ia menyebabkan beliau berasa bangga kerana menjadikannya lain daripada lain.

Sumber: Daily Mail

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.