Siakap Keli
Gambar: Bernama

Dakwa Tak Tahu Siapa “Transfer”, Pegawai Polis Disiasat Susulan Penemuan RM5.7 Juta Dalam Akaun Bank

Dakwa Tak Tahu Siapa “Transfer”, Pegawai Polis Disiasat Susulan Penemuan RM5.7 Juta Dalam Akaun Bank

Seorang anggota polis di bandar selatan Karachi, Pakistan dilaporkan menjadi jutawan dalam sekelip mata selepas menerima $1.2 juta (RM5.7 juta) dalam akaun banknya daripada sumber yang tidak diketahui termasuk gajinya.

Apabila perkara ini diketahui oleh pihak atasan, seorang pegawai penyiasat dari balai polis Bahadurabad di Karachi telah dihantar untuk menyiasat perkara itu, lapor akhbar The Express Tribune.

Pegawai penyiasat itu juga terkejut dan hairan melihat bagaimana akaun bank milik polis tersebut mempunyai wang sebanyak $1.2 juta (RM5.7 juta).

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Ketika ditanya oleh media tempatan mengenai perkara tersebut, polis itu berkata bahawa dia turut terkejut dan tidak gembira dengan kehadiran wang berkenaan.

“Saya terkejut, apatah lagi melihat wang yang begitu banyak, sebelum ini saya tidak pernah mempunyai lebih daripada beberapa ribu rupee dalam akaun saya,” katanya.

“Saya telah dihubungi oleh pihak bank dan mereka memaklumkan bahawa 100 juta rupee ($1.2 juta) telah dipindahkan ke dalam akaun saya.” katanya.

Apabila pihak bank menyedari pemindahan wang yang banyak ke dalam akaunnya, mereka segera membekukan akaun bank dan menyekat kad ATM miliknya.

Wion News melaporkan, hasil siasatan mendapati bahawa kejadian seperti itu telah berlaku di dua tempat yang berlainan iaitu di bandar Larkana dan Sukkur.

Di Larkana, tiga orang anggota polis dilaporkan menerima sebanyak $600,000 (RM2,848,800) dalam akaun mereka, manakala di Sukkur pula seorang anggota polis menerima jumlah yang sama didepositkan ke dalam akaunnya.

Hasil daripada siasatan itu dipercayai bahawa ketiga-tiga kes berkenaan mungkin mempunyai kaitan.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga polis di Larkana telah menafikan mempunyai sebarang pengetahuan mengenai wang tersebut atau sumbernya.

Sumber: Wion News

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.