Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Gangguan Perkhidmatan LRT: Prasarana Mohon Maaf, Sedia Alternatif 69 Bas

Prasarana mohon maaf atas gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya

Prasarana dalam sidang media khas yang diadakan sebentar tadi itu telah memohon maaf atas masalah gangguan perkhidmatan LRT membabitkan 16 stesen di Laluan Kelana Jaya, lapor Bernama.

Ketua pegawai eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, sebagai alternatif, syarikat itu juga telah menyediakan 69 buah bas untuk menyokong bas perantara sedia ada bagi laluan terbabit.

“Disebabkan gangguan perkhidmatan LRT, kami telah menyediakan 69 buah bas untuk menyokong bas perantara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah.

Menurut kenyataan itu lagi, punca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATV pada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih belum dapat di kenal pasti lagi.

“Gangguan tersebut yang mengakibatkan masalah kehilangan signal diantara pusat kawalan dan juga tren menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik diantara stesen LRT Kelana Jaya hingga ke Stesen LRT Ampang Park.

” Masalah ini merupakan sangat serius dan tidak pernah berlaku pada sebelum ini. Pihak Rapid Rail dengan kerjasama pasukan khas pihak pengilang asal (OEM) Thales Group dari Toronto, Kanada masih mencari jalan penyelesaian masalah tersebut,” kata Mohd Azharuddin lagi.

Penutupan kesemua 16 stesen LRT itu merupakan langkah keselamatan kepada para penumpang agar tidak akan berlaku sebarang permasalahan sewaktu sesi ujian dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar masalah.

Mohd Azharuddin juga berkata, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya hanya akan beroperasi dari Stesen LRT Gombak ke Stesen LRT Damai serta dari Stesen LRT Lembah Subang ke Stesen LRT Putra Heights.

Pihak Rapid Rail juga berkata bahawa mereka akan berusaha untuk menyelesaikan masalah rumit yang sedang berlaku itu dalam masa tersingkat yang boleh.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.