Satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter telah dikesan berlaku di daerah Luzon, Filipina pada pukul 10.30 malam tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), pusat gempa bumi tersebut dikesan berada pada 15.4 darjah utara dan 120.7 darjah timur dengan kedalaman 177 kilometer.
Dalam masa yang sama, pusat gegaran itu juga dikesan berada sejauh 16 kilometer dari tenggara daerah Tarlac City, Filipina.
Bagaimanapun, Met Malaysia menjelaskan bahawa gempa tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi sederhana M5.4 berlaku di Luzon, Filipina pada 10:30 malam, 8 November 2022, berpusat di 15.4° Utara dan 120.7° Timur dengan kedalaman 177 km. 16km Tenggara dari Tarlac City,Filipina.Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/xcYfsJy5Dt
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) November 8, 2022
Sumber: Met Malaysia