Siakap Keli
Gambar: Pixabay

Mungkin ‘Terlalu’ Nak “On Time”, Kisah Kereta Api Jepun Terpaksa Minta Maaf Gara-gara Gerak Awal 25 Saat

Begerak Awal 25 Saat, Ini Kisah Syarikat Kereta Api Jepun Mohon Maaf Pada Pengguna

Seperti yang kita tahu, Jepun merupakan sebuah negara yang sangat berdisiplin dan juga terkenal dengan budaya, adab dan sikap mereka yang sentiasa memastikan mereka menepati masa sama ada untuk kebaikkan diri sendiri dan juga orang lain.

Bukan hanya terikat pada manusia, hal lain yang berkaitan dengan masa termasuk perkhidmatan kereta api juga terkenal dengan ketepatan waktu yang bergerak dan berhenti di setiap stesen tepat pada waktu yang telah ditetapkan, begitu juga dengan kereta api laju mereka, Shinkansen.

Ketepatan masa kereta api begerak amatlah penting kepada negara matahari terbit ini kerana majoriti rakyat mereka yang bekerja bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam tersebut sebagai pengangkutan utama mereka untuk bergerak.

Meneroka kisah yang menarik dan ‘rare’ yang berlaku lebih kurang empat tahun yang lalu, apabila sebuah syarikat pengendali kereta api di Jepun, West Japan Railways pernah mengeluarkan kenyataan maaf hanya kerana kereta api milik mereka bergerak 25 saat lebih awal dari masa yang sepatutnya.

Bagi kebanyakan negara, perkara tersebut mungkin biasa sahaja dan tempoh 25 saat bukanlah terlalu lama hingga mampu memberikan perbezaan yang ketara kepada aktiviti mereka, namun tidak bagi Jepun yang sangat menjaga adab menepati masa masa mereka walaupun satu saat.

Difahamkan, kereta api tersebut sepatutnya meninggalkan stesen Notogawa tepat pada jam 7.12 pagi akan tetapi ia bergerak 25 saat lebih awal disebabkan oleh konduktor yang keliru dengan jadual perjalanan tren tersebut.

Difahamkan, dia bertindak menggerakkan tren tersebut apabila mendapati bahawa suluruh platform kosong tidak ada sesiapa. Walhal, terdapat beberapa orang awam di platform tersebut berharap mereka sempat untuk menaiki tren tersebut.

Oleh itu, salah seorang daripada mereka telah membuat laporan kepada pegawai yang bertugas. Sebaik sahaja laporan diterima, pihak kereta api telah mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi di atas kejadian yang berlaku.

“Kami akan menilai secara menyeluruh tindakan kami dan berusaha untuk tidak mengulangi kejadian seperti itu sekali lagi,” kata salah seorang wakil syarikat kereta api tersebut, lapor Daily Mail.

BACA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Daily Mail, BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.