Siakap Keli
lando graduan australia
Gambar: Sinar Harian

Ramai Tak Tahu, Lando Zawawi Rupanya Graduan Universiti Australia

Ramai tak tahu, calon ‘YB’ Tanjong Karang, Lando Zawawi rupa-rupanya merupakan graduan dari universiti di Australia. Patutlah hebat speaking.

Berkelulusan tinggi, profil latar belakang Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi mengejutkan orang ramai dengan taraf pendidikannya sehingga menjadi tular di media sosial.

Orang ramai akhirnya berjaya menyelesaikan teka-teki yang tergantung tanpa jawapan selama ini, apabila profil Azlan Sani atau lebih mesra dikenali sebagai Lando Zawawi dikongsi oleh parti Pejuang di laman Twitter.

Beliau yang juga merupakan calon Parlimen Tanjong Karang P095, merupakan kelulusan institusi luar negara, Universiti Tasmania, Australia yang dipercayai antara universiti terbaik peringkat global.

Kredit: @PejuangRasmi via Twitter

Beliau juga merupakan alumni Sekolah Menengah Sultan Haji Ismail Ahmad Shah Kuantan (Sains Kuantan), antara sekolah terbaik di negara ini yang melahirkan ramai orang berpendidikan.

Justeru apabila menjelangnya PRU15, kebanyakan calon daripada parti-parti yang bertanding akan berkongsi profil latar belakang masing-masing bagi meyakinkan rakyat dalam membuat pilihan.

Profil Lando termasuk dalam salah satu profil yang paling dikagumi ramai, sehingga netizen berfikir parti itu membuat pilihan yang bagus dalam memilih calon.

Fasih bertutur bahasa Inggeris

Sementara itu, ramai yang tidak menyangka bahawa Lando sebenarnya mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sangat fasih.

Tidak dinafikan, kefasihan beliau dalam bertutur bahasa Inggeris membuatkan ramai kagum sehingga segelintir pihak memunggah kembali video rakaman Lando bercakap dalam bahasa itu.

Dalam temu bual itu, beliau lancar bertutur dalam bahasa Inggeris bertanya soalan kepada orang asing berkenaan dengan kondisi jalan raya di Australia.

Bertanding PRU15 atas tiket GTA

Tidak mensia-siakan pendidikannya, Lando membuat keputusan yang mengejutkan ramai pihak untuk bertanding dalam PRU15 pada kali, ini di bawah tiket Gerakan Tanah Air (GTA).

Difahamkan, beliau ingin membantu rakyat dengan membentuk satu jawatankuasa bagi memajukan kawasan Tanjong Karang.

Lando yang sebelum ini merupakan pelakon berkata dirinya tidak berniat untuk menyertai pentas politik namun mengambil peluang ini bagi membuat perubahan terhadap sistem dan infrastruktur di negara ini khususnya Selangor.

Sebelum ini, Brotherhood sering tular di media sosial kerana menurap jalan yang berlubang secara percuma bagi memastikan nyawa rakyat terjaga.

Dedikasi Lando dipuji ramai kerana prihatin dan mendengar keluhan rakyat dengan memulihkan jalan yang sepatutnya dibuat oleh pihak berwajib.

Sumber: @PejuangRasmi via Twitter

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana