Siakap Keli
Keadaan Terkini Di Shah Alam
Gambar: Gambar Tular

Banjir Kilat Dipercayai Landa Kawasan Sekitar Klang & Shah Alam

Banjir Kilat Dipercayai Landa Kawasan Sekitar Klang & Shah Alam

Hujan lebat yang turun sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang dipercayai mula dilanda banjir kilat.

Difahamkan, kawasan yang dinaiki air termasuk jalan di Persiaran Mokhtar Dahari, Alam Budiman menghala ke Puncak Alam dan Meru.

Selain itu, beberapa kediaman di kawasan sekitar turut dilapor dinaiki air hingga ke dalam rumah manakala di Jalan Haji Abdul Manan air naik sehingga ke paras lutut.

Berdasarkan video tular di media sosial mendedahkan beberapa kereta tersadai akibat air yang mula melimpahi jalan raya sehingga menyebabkan berlaku kesesakan trafik di kawasan berkenaan.

https://www.facebook.com/ida.rohaiza.1/posts/pfbid0Eshy3qz4uaJjXJCrVdXgKjyUTm6o1bChhKYywHVmkdUGKyeVmZWqij7t58Ao4urgl

https://www.facebook.com/MohamadFaridJalani/posts/pfbid0zU93k1cEX7zFzApzkuphroriFaDGLkGAoQXgEThC6HUW3jwo2ou5jmhfzXb5iqAml

Tambahan lagi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi turut mengeluarkan amaran hujan di beberapa negeri di Malaysia termasuk di seluruh negeri Selangor.

Sumber: Twitter, Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.