Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bayaran BKM Fasa 4 Akan Dipercepatkan, Boleh Semak Mulai 15 November – PM
Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pembayaran BKM fasa empat akan dipercepatkan.
Menurutnya, pembayaran tersebut dipercepatkan bagi membantu penerima untuk menghadapi monsun timur laut yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November ini.
Susulan daripada itu, beliau menjelaskan bahawa BKM fasa 4 yang sepatutnya diagihkan pada Disember depan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November ini.
Tambahnya lagi, pembayaran BKM Fasa 4 yang bernilai RM 2.1 bilion ini bakal memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta penerima.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: BERNAMA