Sebentar tadi, beberapa kawasan di sekitar Klang dan Shah Alam dilapor telah dilanda banjir susulan hujan lebat yang berlaku sejak petang tadi.
Turut dinaiki air adalah Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan dengan Aalam Budiman, Syeksen 10. Laluan berkenaan merupakan laluan yangs sering digunakan oleh pengguna jalan raya untuk ke Bandar Puncak Alam.
Malah, nama Jalan Mokhtar Dahari juga menjadi trending di media sosial apabila orang ramai berkongsi gamabar-gambar dan juga video keadaan semasa sebagai makluman kepada pengguna-pengguna yang lain.
Menerusi gambar-gambar dan juga video-video yang dimuat naik, dapat dilihat dengan jalan raya di kawasan tersebut ditenggelami air. Kenderaan-kenderaan juga dilihat berdepan dengan kesukaran untuk melalui jalan tersebut.

Malah, ada juga yang menasihati pengguna jalan agar memilih laluan alternatif seperti menggunakan Persimpangan Merbau Sempak ataupun Lebuhraya LATAR bagi mengurangkan risiko kerosakan atau terperangkap dalam banjir ketika itu.
Jalan Mokhtar Dahari (menuju ke Puncak Alam/ Saujana utama) banjir geng . Hati2 mana yg balik kerja tu 😯 pic.twitter.com/8JQOrZfPjR
— 🌸Call Me Mija🌸 (@myza_choonhee) November 10, 2022
sesiapa nak balik puncak alam ikut mokhtar dahari, bolehlah fikir jalan lain nak balik pic.twitter.com/BA0jhRuDgv
— qiden (@muhdnqiuddin) November 10, 2022
Memetik laporan berita hari ini, antara kawasan yang terjejas dengan banjir petang tadi adalah Jalan Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru.
BACA: Awas, Musim Banjir Menanti, Ini Langkah Persediaan Sebelum, Semasa & Selepas
Sumber: Media Sosial Orang Awam