Siakap Keli
Sumber: life with baby axelito/tiktok

Jemput 30 Orang Kawan Hanya 2 Yang Hadir, Sambutan Hari Jadi Bertukar Jadi Hari Menyedihkan

Daripada 30 Hanya 2 Sahaja Yang Hadir, Sambutan Hari Jadi Berubah Menjadi Hari Menyedihkan

Sambutan hari jadi merupakan diantara perkara yang sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan daripada kita. Majlis sambutan hari lahir itu juga pasti akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu, sesi memotong kek dan tetamu juga tidak lupa untuk membawa hadiah untuk anda.

Bukan sahaja orang dewasa tetapi setiap ibubapa juga akan membuat anak-anak mereka gembira dan bahagia ketika hari jadi dengan mengadakan majlis sambutan hari jadi bersama rakan-rakan anak.

Berbeza pula dengan cerita yang dikongsi oleh seorang ibu yang membuat sambutan majlis hari jadi anaknya tetapi hanya 2 rakannya sahaja yang hadir. Wanita tersebut di kenali sebagai Karlaao yang menggunakan TikTok untuk menyiarkan video dari “pesta merah jambu” anaknya di Chuck E. Cheese.

Menurusi video itu beliau menulis “Bayangkan umur lapan tahun dan menjemput seluruh kelas tetapi mereka tidak muncul .”

Wanita itu turut berkongsi beberapa keping gambar anak lelakinya yang sedang menunggu kehadiran rakan-rakan sekelas datang.

Dalam video itu, anak lelakinya dilihat duduk di meja, melihat sekeliling mencari orang yang datang ke pesta hari jadinya.

Dia turut menunjukkan anaknya meletakkan kepalanya di atas meja sambil berkata ”Saya akan tidur sebentar supaya masa berjalan lebih cepat dan rakan-rakan saya muncul’.”

Menurut wanita itu, dia telah membeli banyak kad permainan tetapi tidak dapat diberikan kepada sesiapa kerana tiada siapa yang datang.

“Sudah pukul 5 petang dan tiada sesiapa. Hanya dua daripada 30 kanak-kanak yang datang,” katanya lagi.

Dia mengakhiri videonya dengan menunjukkan suaminya yang sedang memberikan beg gula-gula kepada semua kanak-kanak yang tidak dikenali.

Rata-rata komen di video tersebut mereka bersimpati dengan situasi budak lelaki itu dan ada juga yang pernah mengalami situasi yang sama seperti budak lelaki tersebut. Bukan itu sahaja ada juga yang mengatakan perbuatan sebegitu tidak patut di alami oleh seorang kanak-kanak.

“Aww sayang.. ini juga berlaku kepada anak-anak saya.. hari jadi anak saya yang ke-10 adalah hari Ahad dan hanya saya dan kakaknya sahaja yang ada,” tambah seorang lagi.

“Tiada kanak-kanak patut dilayan dengan cara tidak sensitif seperti ini. Saya pun pernah melaluinya.”

Sumber: life with baby axelito via tiktok, The Sun

Shafikah