Majikan Digesa Beri Pelepasan, Tak Boleh Potong Gaji Pekerja Kerana Mengundi – Menteri
Majikan sektor swasta tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana pergi mengundi.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan tersebut boleh didakwa dan didenda sebanyak RM 5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.
Sehubungan dengan itu, majikan dalam sektor swasta digesa agar memberi kebenaran kepada pekerja untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.
Pelepasan itu perlu diberi kepada pekerja mereka selaras dengan peruntukkan di bawah subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta B).
“Perbincangan perlu dibuat oleh majikan dan pekerjanya berkenaan dengan opsyen pemberian “time-off”, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
“Langkah seperti memberi “time-off” kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian yang berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh perlu diberi kepada pekerja mereka,” katanya.
[KENYATAAN MEDIA] – Pelepasan Pekerja Untuk Mengundi
🔸 Kementerian Sumber Manusia gesa semua majikan dalam sektor swasta beri kebenaran kepada pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi… pic.twitter.com/12mdDHNRDd
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) November 10, 2022
Sumber: BERNAMA