Pelakon dan pempengaruh, Syazlin Zainal dipercayai meninggal dunia pada usia 26 tahun hari ini.
Berita pemergiannya dikongsikan oleh seorang rakan @Zeatyalia di Instagram Story sebentar tadi.
Bagaimanapun, punca kematian arwah tidak didedahkan.
“Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya.
“Saya kehilangan kawan saya hari ini dan saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkan perasaan ini. Saya juga masih tidak percaya ini berlaku,” luahnya di Instagram Story.

Tambah rakannya itu, dia turut meminta agar orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.
“Sedekahkan Al-Fatihah untuk Syazlin Zainal,” maklumnya lagi.
Salam takziah untuk keluarga arwah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: Instagram @Zeatyalia
BACA: “Jawatan Kosong Ada 2 Tapi Beratur Panjang,” Ini Kesilapan Ramai Buat Bila Nak Cari Kerja